Petronas Makin Kaya. UMNO Makin Gelojoh. Rakyat Merana

Pemimpin UMNO tidak tahu jalan ke sini.

Petronas Dapat Kontrak Eksplorasi & Pengeluar Di Mozambique

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Petronas telah menerima satu kontrak konsesi eksplorasi dan pengeluaran di Lembah Rovuma di Mozambique, bagi dua daripada blok eksplorasi yang mencerminkan satu lagi kejayaan ketara mereka di Afrika.

Petronas berkata perbadanan itu telah menerima kontrak itu bersama-sama Empresa Nacional de Hidrocarbonetos de Mocambique (ENH), syarikat minyak kebangsaan Mozambique.

EPCC di luar pesisir Blok Tiga dan Enam telah ditandatangani oleh anak syarikat milik penuh Petronas, PC Mozambique (Rovuma Basin) Ltd (PCMRB) bersama-sama dengan ENH dan Kerajaan Mozambique Jumaat lepas, katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Di bawah EPCC itu, PCMRB akan memegang kepentingan 90 peratus di dalam blok itu, yang terletak di Lembah Rovuma manakala ENH akan memiliki baki kepentingan 10 peratus. PCMRB ditetapkan sebagai pengendali blok itu.

Dalam fasa pertama tempoh eksplorasi itu, PCMRB akan memproses semula 150 kilometer garisan data seismik 2D dan mengambil alih 7,000 kilometer garisan data seismik 2D dan 120 contoh teras “geo-chem.”

Bagi tempoh awal tiga tahun, pihak kontraktor akan membelanjakan kira-kira AS$5.6 juta (AS1=RM3.494) bagi penilaian geologi dan geofizikal blok itu.

Petronas telah menyertai industri huluan minyak dan gas Mozambique buat pertama kalinya apabila perbadanan itu diberikan kontrak luar pesisir Blok Delta Zambezi pada Jun 2002.- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.