SMS & Helikopter, Menunggu Jawapan Najib
Orang yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri dan Presiden UMNO bukan sahaja harus bersih, tetapi kelihatan bersih. Atas alasan itulah maka saya fikir Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak perlu menjelaskan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
Biarlah kita berfikiran terbuka dan tidak tergesa-gesa menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap laporan-laporan yang disiarkan dalam Malaysiakini, khusus dalam isu pembelian helikopter dan SMS antara beliau dan peguam.
Saya percaya Najib akan menjawab kesemua isu yang dibangkitkan. Ini berdasarkan laporan bertajuk "Najib: No abuse of power in SMSes, will explain chopper deal" yang disiarkan dalam Malaysiakini.
Tentunya tohmahan sebegini akan berterusan, khususnya dalam tempoh lima bulan akan datang, menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan Mac nanti. Ini tidak dapat dielakkan.
Sebagai pemimpin, tentunya percakapan dan tindakan Najib akan berada di bawah kanta pembesar. Keluarga, kawan dan kakitangan pejabat Najib juga akan diperhatikan. Sesuatu yang mungkin "biasa" pada orang biasa seperti kita adalah besar pada pemimpin.
Adalah menjawab tanggungjawab Najib untuk menjelaskan kesemua isu yang dibangkitkan dan menghilangkan sebarang keraguan. Rakyat harus mempunyai keyakinan penuh kepada beliau. Sekiranya tidak, adalah sukar untuk Najib untuk berfungsi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan efektif.
Blog KTemoc Konsiders memberikan respon mempertahankan Najib dalam posting bertajuk: Eurocopter Cougar deal - Malaysiakini's pre-emptive 'clawing'?
Blog yang sama juga menjawab isu SMS: Another G.A.N. Attack Against Najib?
Dengan sinis, penulis blog tersebut bertanya: "One also wonders what Telecommunication Act would have been violated by producing the transcript of the SMS-ing, unless of course it dropped off the back of a police truck?"
Apa pun, elok sekiranya Najib sendiri memberikan jawapannya.
http://nobisha.blogspot.com/

No comments
Post a Comment