1malaysia dah tahu bukan najib sorang yang gelabah!

MUAR 2 Mei — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak-pihak tertentu dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya menghentikan desakan meminta Datuk Raymond Tan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Beliau meminta semua pihak supaya menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Perdana Menteri akan ke Sabah (pada Isnin), sudah semestinya perkara itu akan dibincangkan. Saya tahu ada perkembangan-perkembangan yang menggalakkan, namun usaha-usaha desakan perlulah dihentikan.

“Serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dan perkara itu akan dapat diselesaikan, tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini. - Bernama


rakyat ditindas.. kroni didahulukan? 1malaysiaku..kahkahkahkah..umno haram!

No comments

Powered by Blogger.