1malaysia loya dan pening..tanda selsema babi?
Kerajaan pastikan setiap tindakan demi kepentingan rakyat
MUAR: Kerajaan akan meneruskan usaha mendampingi rakyat dan memastikan segala tindakan yang dilakukannya adalah untuk kepentingan golongan itu dan bukan untuk kumpulan tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan menyedari bahawa kedudukan kerajaan itu sendiri ditentukan oleh rakyat dan oleh itu segala usaha perlu digembleng untuk memenuhi keperluan mereka.
"Kita perlu menyusun gerak kerja untuk memastikan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kumpulan-kumpulan tertentu yang berkepentingan."
"Rakyat yang menentukan sesebuah kerajaan dan kita akan memastikan tiada kelompok-kelompok rakyat yang merasa terpinggir," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian ketika berucap di hadapan 5,000 orang yang hadir pada majlis sambutan rasmi pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini. - Bernama
Sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, ini adalah kali pertama Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Menteri Pelajaran itu balik ke Pagoh.
Katanya, zaman di mana kerajaan mengetahui kesemua perkara berkenaan rakyat sudah berakhir dan ketika ini, rakyat adalah lebih mengetahui berkenaan apa yang mereka mahu.
"Zaman di mana kerajaan tahu semua sudah berakhir, kini rakyat mengetahui citarasa mereka sendiri dan kita akan terus mendampingi rakyat untuk memastikan segala keperluan mereka dipenuhi," katanya.
Muhyiddin berkata pendekatan mendampingi rakyat dan meletakkan keperluan mereka teratas juga adalah selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan."
Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama atau sama ada mereka kaya atau miskin, katanya, mempunyai tempat di negara ini dan akan dilayan dengan penuh saksama oleh kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan juga akan terus memastikan kebajikan rakyat negara ini terus terpelihara dan tidak terjejas akibat kegawatan ekonomi dunia.
Kerajaan, kata Muhyiddin, akan memastikan kadar inflasi negara terus berada di tahap yang rendah dan peluang-peluang bagi rakyat memperolehi pendapatan tidak terjejas akibat kegawatan ekonomi.
"Kita akan terus berusaha supaya masalah kegawatan ekonomi dunia tidak mendatangkan bencana kepada Malaysia. Walaupun ia bukanlah perkara yang mudah, tetapi kerajaan akan terus berusaha menanganinya untuk kepentingan rakyat," katanya.
Terdahulu, beliau meminta maaf kepada penduduk Pagoh kerana "lambat balik kampung" selepas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Selepas Perhimpunan Agung Umno, saya dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai dan selepas itu pula pembentukan Kabinet," katanya.
Beliau mengulangi ucapan terima kasih terhadap Perdana Menteri yang melantiknya dan menyifatkannya sebagai suatu amanah dan tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul. - Bernama
la ingat rakyat loya pasal apa tadi..rupanya umno nak buat ikhlas2 baik.kahkahkahkah..loya la..uwek2..uwek..kahkahkahkah 1malaysia kena tipu kat PM!

No comments
Post a Comment