Aku , UMNO dan PAS
Oleh scorpion
"
Kapal Layar itu Dacing. Dacing itu UMNO ,mengundi kapal layar atau dacing itu adalah mengundi UMNO tak kira yang bertanding itu Sammy Vellu atau Chua Soi Lek itu adalah cara-cara berkempen Be End sejak dulu lagi.
Setiap kali pilihanraya aku teringatkan aruah ayah yang selalu membawa aku menampal poster “kapal layar” , masa itu poster diperbuat dari kertas dan kami orang-orang kampung bergotong royong memasak sagu ubi untuk dijadikan gam untuk menampal poster tersebut.
Masa itu juga seingat aku tiada bayaran yang diterima untuk menampal poster manakala sagu itu pun ayah ku beli di kedai walaupun harganya sekitar 20 sen tetapi ianya cukup bernilai sekitar 60an.
Pada masa itu juga Parti Perikatan atau parti Kapal Layar merupakan parti yang kuat pengaruh di kampung aku di Johor dan pada masa itu juga PAS masih tidak berapa menonjol di Johor yang ada hanya Parti Perkemas jika tidak silap saya menggunakan lambang macam matahari terbit, aruah ayah cakap pada aku,itu parti Jepun ,aku percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan ayah sebab itu juga aku dengar orang-orang kampung memberitahu aku.
Semasa hari penamaan calun , Ayah tidak dapat pergi ke Dewan Jubli Intan Mersing kerana jaraknya lebih kurang 30 KM dari Rumah ku dan pada masa itu kenderaan yang paling popular di kampung aku adalah Basikal dan cara borkomunikasi adalah melalui satu-satunya pondok telefon yang ada di kampung aku itupun kadang-kadang tidak berfungsi dan kami hanya tahu calun yang bertanding apabila van penerangan memasuki kampung pada sebelah petang,emak kata itu kereta propaganda datang memberitahu siapa akan bertanding dan pada masa itu kami tidak tahu apa itu adun atau wakil rakyat yang kami diberitahu apabila seorang itu dipilih ianya di kenali sebagai “Kaunselar” aku pun tak bertanya dan membantah akan panggilan tersebut.
Fikiran orang-orang kampung aku pada masa itu tersangatlah jumud, maklumat hanya kami dapat dari “Van Propoganda Penerangan” yang masuk kampung dengan “Pembesar Suara Besar” dan memberikan ceramah yang hanya berpihak kepada parti perikatan, jadi pilihan orang-orang kampung hanya satu – kapal layar….
Pada hari mengundi pondok panas hanya satu dikampung saya hanya pondok panas kapal layar sebab parti pekemas tidak mampu untuk mengadakan pondok panas atau tiada sukarelawan untuk membantu parti mereka ,
Apabila ditanya kepada orang-orang kampung pada masa itu , nak kemana makcik,dengan bangga dan selamba makcik tu menjawab nak pergi memangkah UMNO.
Jadi aku membesar dalam budaya orang kampung yang hanya mempunyai satu pilihan atau satu jalur pemikiran hanya UMNO dalam benaknya
Apabila saya memasuki sekolah menegah ayah aku meninggal dan sejak itu saya tidak lagi pergi tampal poster kerana ayah sudah tiada dan pada masa itu kapal layar sudah karam dan diganti dengan logo Dacing dan pada aku pada masa itu yang baru mengenal apa itu politik telalu taksub dengan UMNO kerana dari kecil pemikiran ku diasak dengan Kapal Layar itu Dacing,Dacing itu UMNO
Aku juga bergerak aktif dalam pertubuhan belia dikampung dan sebagai ahli belia kampung aku secara automatik adalah ahli pemuda UMNO yang yuran keahlian dibayar oleh ketua cawangan , dan pada masa itu tujuan ku hanya untuk menolong membantu orang-orang kampung ku mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan dan aku tidak pernah menyimpan cita-cita politik .
Aku berhijrah ke kuala Lumpur semasa berumur 19 tahun untuk menyambung pelajaranku di sebuah institusi dan meninggalkan Belia dan Pemuda UMNO di kampung dalam benakku hanya satu nak belajar lepas itu berkerja dan tolong emak dikampung,di kolej aku berjumpa dengan ramai teman-teman yang tidak sealiran denganku maksud aku ramai teman-teman menyokong gerakan islam seperti ABIM dan PAS manakala teman –teman tionghua menyokong DAP ( aku dimomokkan semasa dikampung ini adalah parti kominis) dan aku masih “berkarat” dengan keris UMNO selepas menamatkan pelajaranku,aku berkerja di Kuala Lumpur sekitar 82’ pada masa itu alhamdullilah pasaran kerja banyak dan bermacam pilihan
Masa berlalu Kuala Lumpur telah berjaya megubah cara pemikiranku, aku sudah boleh menerima teman-teman dari PAS dan DAP tetapi hatiku tetap dengan UMNO kerana bagi aku pada waktu itu UMNO adalah satu-satunya parti untuk orang Melayu.
Meskipun begitu walaupun aku masih kuat dengan UMNO , tetapi kesedaran mengundi tidak ujud dalam diriku kerana aku mendaftar sebagai pengundi di Mersing dan aku bekerja di Kuala Lumpur dan sememangnya aku tidak berkesempatan mengundi parti kesayangan aku kerana masalah kerja.
Tahun 1998 betul-betul telah mengubah pendirianku terhadap UMNO kerana manusia bernama Anwar Ibrahim, Aku bukanlah peminat Anwar apalagi menerima apa-apa habuan dari beliau tetapi aku tidak dapat menerima cara beliau diterajang keluar dari UMNO , diaibkan seperti bukan seperti seorang manusia lalu berdetik hatiku ,itu Anwar Ibrahim orang no 2 UMNO dan banyak jasanya pada UMNO diperlakukan sebegitu rupa kalau aku macam mana agaknya ?
Dan pada 1999 buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku ,aku bulatkan tekadku mengambil cuti seminggu dan pulang ke kampungku dan mengundi dan berkempen untuk PAS dan semenjak itu 1999,2004 dan 2008 aku tidak memangkah parti yang aruah ayahku pangkah dan sekiranya ayahku masih ada akan saya ajak ayahku memangkah PAS.
Muslim United Organisation
Boikot Barangan Belanda* artikel ini pertama kali dikirimkan oleh saya dan telah disiarkan dalam ruangan komen di WWW.kudaranggi.blogspot.com dan dikirmkan sekali lagi di sini dengan sedikit pengubahsuaian

No comments
Post a Comment