Anwar Tidak Perlu Gelojoh
Saya merasa gembira apabila 14hb April melepasi kita semua, detik yang membebaskan seorang yang dihukum tanpa suatu bukti yang munasabah. Saya percaya ramai yang lain turut merasai kegembiraan tersebut, dan yang paling gembira tentunya DSAI dan seluruh pendokong dan penyokong PKR. Kegembiraan saya bukanlah semata-mata Anwar Ibrahim telah "bebas politiknya" tetapi gembiranya saya kerana seorang yang telah terinaya mendapat keadilannya kembali.
Namun kegembiraan saya itu tidaklah dapat menutup kesedihan dan sayunya saya menegenangkan ada ramai lagi yang terhukum dan dipenjarakan (khasnya tahanan ISA), serta dinafikan pelbagai hak mereka, bukan setakat hak politik mereka bahkan hak diri mereka, hak keluarga mereka, hak saudara mereka. Semoga DSAI juga akan turut memperjuangkan kebebasan tahanan ISA secepat mungkin.
Sebelum dibebaskan dari sekatan berpolitik, DSAI telah mengesahkan beliau akan berusaha untuk melenyapkan terus kuasa yang berbaki dari BN, dan menggantikannya dengan kuasa rakyat atau kuasa di bawah pimpinan Barisan Alternatif. Sejak dari 9 Mac hingga kini DSAI dengan lantangnya menegaskan beliau mampu menterbalikkan keadaan, dengan menarik beberapa pemimpin BN khususnya di Sabah dan Sarawak, dan ditambah lagi beberapa kerusi di Semenanjung untuk menyokong BA, seterusnya peralihan kuasa dapat dilakukan apabila BA menguasai "simple majoriti". Tokoh-tokoh politik lain dari BA khususnya dari PKR turut melagukan irama yang sama dengan DSAI, menyatakan keyakinan mereka BA akan mendapat mandat baru untuk membentuk kerajaan menggantikan BN yang semakin hari semakin reput. Mereka juga berkali-kali secara terang mendedahkan strategi politik meraka bagaimana mahu mencabut kuasa dari BN secepat mungkin.
Kegopohan dan kegelojohan yang ditunjukkan DSAI dan kebanyakkan pimpinan BA khususnya PKR, sebenarnya sedikit sebanyak memudahkan kerja musuh-musuh mereka untuk bersedia dan bersiap siaga dari sebarang bentuk ancaman dan serangan yang bakal mereka hadapi. BN memang terkenal seluruh dunia dengan pelbagai perancangan jahat dan busuk, maka pendedahan yang kurang cermat DSAI DAN PENGIKUTNYA setidak-tidaknya membantu BN untuk menutup mana-lubang yang dikhuatiri mampu dibolosi musuh mereka. Adalah lebih mudah menyerang musuh ketika mereka tidur lena berbanding menyerang mereka ketika mereka sedang berjaga dan bersiap sedia dengan segala senjata. Tetapi nampakknya DSAI mengambil pendekatan untuk menyerang musuh dalam keadaan kedua. Mungkin pendekatan ini diambil kerana DSAI rasa dia mempunyai kekuatan lebih dari BN. Tapi itu pun satu kesilapan juga, apabila kita mengambil mudah dengan kekuatan musuh, nanti menjadikan kita leka dan tidak bersedia sepenuhnya.
Maaf, saya terpaksa berhenti setakat ini dulu, tetapi "moral of the story"
DSAI jangan telalu gelojoh, kerana bimbang yang dikejar tak dapat yang dikendong bertebaran.
"
No comments
Post a Comment