BN = "Beras Naik"

BN BERAS NAIK…

Minggu lepas saya telah war-warkan di sini akan kenaikan harga beras di Kemaman. Tetapi pagi tadi sedang saya mencari barang-barang(sayur, ikan dll) untuk keperluan jualan di kedai saya, terperanjat bila diberitahu oleh seorang rakan yang harga beras naik lagi.

Kurang yakin dengan berita tersebut saya singgah di sebuah kedai borong untuk mendapat kepastian. Memang sah! Harga beras naik lagi bermula 2 hari lepas(14 April).



JENAMA BERAS
BERAT
HARGA BARU
HARGA LAMA
KENAIKAN

JELAPANG PADI

(GRED 3A)
5KG
RM12.00
RM10.00
RM2.00

10KG
RM23.00
RM19.00
RM4.00

WAWASAN 2020 (GRED 2A)
5KG
RM10.00
RM8.00
RM2.00

10KG
RM21.00
RM17.00
RM4.00



Berikut ialah senarai terbaru harga beras untuk 2 jenama yang biasa digunakan keluaran Syarikat Bukit Raya Sdn Bhd.(“HARGA LAMA” yang dipaparkan di bawah ialah harga sebelum PRU12).


Nampaknya apa yang diwar-warkan semasa kempen PRU12 dulu iaitu “BN Barang Naik” memang menjadi, sekarang dah jadi “BN BERAS NAIK” pulak!

No comments

Powered by Blogger.