Blog Dr Khir: Kabare Kang?
"Kabare Kang? aku rasa mungkin itu perkataan yang mula-mula sekali keluar dari mulut aku kalau ada rezeki jumpa mantan org no 1 Selangor ni. Agak-agak apa jawapan yang bakal menyusul?..Warasss!!! ( jawapan ni kalau PRU 12 hari tu dia menang)..mungkin dia akan jawap..so-so lah..english pulak..kan
english dengan bahasa Jawa tak jauh beza pun. Apa pun syabas..syabas kerana menyudikan diri anda menjadi seorang Blogger yang pernah rakan sefiqrah dengan anda katakan dulu sebagai Goblok! Harap Dato tak terasa goblok lah, salahkan Dato Zam..mungkin Dato Zam sebagai orang lama dalam bidang penulisan akhbar ni masih berpegang kepada peribahasa lama..pena lebih tajam dari mata pedang kot..tu yang duk tak percaya dengan blog-blog ni..ada betui ka Dato Zam?
Cukuplah aku mengarut ni, rasanya tak perlulah nak berpanjang lebar pasal blog dr khir tu. Lebih meriah lagi Pak Ali Rustam nampaknya pun dah ada blog sendiri. Semalam aku berkesesempatan menjengah, nampaknya Pak Ali teruk kena hentam kerana dengan sinis menghentam kerajaan baru Selangor. Tapi dari tajuk blog dia tu, nampaknya Ali Rustam dengan sinis mengatakan rakyat Selangor mendapat imbuhan babi kerana mengundi kerajaan sekarang. Dangkal betul!! Rakyat selangor kena haramkan Ali Rustam ni pijak tanah Selangor. Tak payahlah aku nak tambah lagi pukulan maut kepada Ali Rustam tu, dah beratus dah yang bagi paku buah keras. Mungkin dah bernanah telinga Ali Rustam tu.
Sebenarnya aku terpanggil untuk juga memperkatakan tentang isu babi di negeri selangor. Telah banyak blogger menyentuh isu ini, dan dari komen-komen yang dapat dibaca, rata-rata menyokong cadangan projek ini untuk diteruskan,tidak kurang pula yang menentang. Aku tertarik betul bila membaca satu artikel Cetusan Buat YB Teresa: Isu Babi di Selangor oleh Pondok di TranungKite Online. Padat dan begitu ilmiah. Jadi aku yang jahil ini pun mahu juga berkongsi pendapat dalam hal ni..
Sebagai umat islam isu ini begitu sensitif, dan aku secara peribadi tidak bersetuju dengan projek ini. Tapi apabila kita bercakap soal integrasi dan toleransi, perkara ini ada kewajaran untuk di pertimbangkan. Tetapi pertimbangan pula haruslah jangan separuh masak. Aku yakin, Tan Sri Khalid bukan orang yang boleh dikotak-katikan macam politikus lain di tanahair kita ni. Aku yakin Tan Sri Khalid akan cuba mendengar dari semua arah..yang paling penting ..dengarlah suara rakyat.
Cuba kita melihat dan mengupas isu ini dari dimensi pengawalan, penguatkuasaan dan sosio budaya masyarakat majmuk di malaysia. EIA untuk projek ini dikatakan telah diluluskan sejak dari kerajaan lama lagi, tapi banyak pihak masih belum maklum tentang EIA ini. Pendapat aku, kalau perlu kajian semula, lebih baik dimulakan sekarang. Kerana melalui pengalaman aku yang terhad ini, banyak kajian EIA yang dijalankan di Malaysia ni lebih kepada melepaskan batuk di tangga. Dalam hal yang serius sebegini, kajian dan penilaian yang tuntas adalah mandatori.
Dalam EIA, salah satu perkara terpenting yang perlu dilakukan ialah menilai Aspek-Impak projek ini. Aspek ialah elemen-elemen yang mempengaruhi projek ini dari segi input dan outputnya, manakala impak pula ialah kesannya terhadap alam dalam keadaan normal, abnormal dan dalam keadaan darurat. dalam setiap keadaan yang disebutkan tadi (normal,abnormal dan darurat) setiap elemen ini akan dinilai dari pelbagai sudut dan dikaji dalam kadar yang bagaimanakah setiap elemen ini baru dikategorikan sebagai tercemar atau mencemar alam. Dalam kes ini elemen inputnya boleh terdiri dari babi itu sendiri, makananya, tenaga elektirk, air, bahan kimia perawatan dan lain-lain. Elemen output boleh terdiri dari najis, produk sampingan bahan kimia, air kumbahan dan banyak lagi...aku bukan expert bela babi..elemen tadi tu cuma andaian aku je. Jadi inilah benda-benda yang perlu dikawal dalam skala besar.
Peralatan Kawalan Kejuruteraan ( Engineering Control Equipment) adalah satu ciri terpenting dalam projek berskala mega seperti ini.Sayugialah pelaburannya dikatakan mencecah RM100 juta, dan teknologinya pula dari Jerman atau mungkin New Zealand. Melihat dari angka besar itu, adakah mungkin sistem pengurusan alam sekitar yang bakal digunakan adalah sistem kendiri ( kendali sendiri )? maknanya sepenuhnya dikawal oleh mesin dan komputer tanpa kepakaran atau tenaga manusia? aku ragu-ragu sikit tentang hal ni. Kita sedia maklum Jerman merupakan sebuah negara yang memang terkenal sebagai sebuah negara yang memelihara dengan baik kelestarian alam sekitarnya. Ok fine!! kita bawa teknologinya ke Selangor dan install di Hulu Langat, kita tiru sebijik-sebijik sistem mereka, mesin dan kaedahnya pun sama. Persoalannya, adakah ini menjamin tiada pencemaran berlaku??..sapa nak jawap??
Aku teringat seorang rakan pernah memberitahu, dia berpeluang untuk melawat kilang pengeluar kereta terkenal di dunia, Toyota yang begitu terkenal dengan Toyota Production System nya sehingga Kilang Boeing pun mengaplikasikan sistem yang sama. Sebagai seorang seorang jurutera, rakan tadi begitu ghairah untuk mengambil gambar dan contoh-contoh kaizen yang ada di kilang tersebut. Bagusnya, orang toyota tu buat tak kisah jer. Di akhir lawatan, orang toyota tu cakap...' you can copy our system but you cannot take our culture with you'..nah.. yang dimaksudkan ialah budaya kerja toyota itu sendiri. So, pada hemat YB Teresa, adakah orang malaysia ni dah cukup bersedia untuk membudayakan penjagaan alam sekitar dalam hidup kita?..aku rasa belum. Berdasarkan pengalaman akulah, kempen kitar semula yang dibuat dikilang-kilang pun banyak yang separuh jalan, ada yang dah mati lansung! Kita tengok di Jerman, kempen kitar semula begitu berjaya. Dihadapan setiap rumah ada tong sampah khas untuk tujuan kitar semula dan ada pula Garbage Inspector yang kerjanya memeriksa samada penghuni rumah dah mengasingkan sampah mereka atau tidak! Budaya ini dah bermula dari rumah, kita di malaysia ni? aku sendiri tak buat kitar semula hahaha.
Dari segi penguatkuasaan pula, aku rasa JAS akan makin tak menang tangan. Kilang haram kat Sungai Buloh ni pun berlambak lagi yang tak terpantau. Tapi mungkin YB Teresa kena letak seorang pegawai JAS yang tetap kat projek ni kot kalau jadi nanti. Jangan ingat pelaburan yang tinggi menjamin pencemaran sifar. Pelaburan kos tinggi tidak menjamin kecekapan rawatan yang tinggi ( high cost but low performance ). Kos-kos lain termasuklah kos pembelian bahan kimia rawatan, kos penyimpanan, kos rawatan dan penghantaran ke KA ( Kualiti Alam ). Terdapat beberapa kertas kerja kajian yang bagus untuk dibaca berkenaan dengan teknologi perawatan menggunakan gas ini. Sila rujuk Energy from the Biomass: Third EC Conference By W Palz, J Coombs, D O Hall, Commission of the European Communities Directorate-General for Science, Research,
dari halaman 148 hingga 149.
Jadi akhirul kalam, aku secara peribadi tak bersetuju dengan projek ni, harap kawan-kawan lain yang mengundi kerajaan sekarang, kalau anda bersetuju biarlah jangan atas dasar kepartian. Pasal aku org PKR aku kena sokong, aku tak setuju macam tu. Kalau macam tu kita dah sama lah macam orang di haluan yang lagi satu. So Tan Sri Khalid..kena istikharah dulu kot??"

No comments
Post a Comment