Bertaubatlah Pak Lah dan pendokong Islam Hadhari.....


"Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!
Posted by orang kita at 10:54 PM
Mstar Online

14-04-2008 04:06:13 PM
Oleh ZIEMAN

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'.

Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.




"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.

"Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah."

Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang 'bercelaru' sekarang.

selanjutnya baca di sini.




Apabila membaca artikel ini, harapan saya cuma satu....Pak Lah....bertaubatlah...buang ego Pak Lah demi Islam. Baliklah ke landasan yang benar. Buang semula ideologi Islam Hadhari yang Pak Lah laung-laungkan....yang mana secara sedar atau tidak, telah membuatkan kamu semakin terpesong jauh...menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Dan yang lebih buruk lagi, kamu telah menyebabkan umat Islam yang cetek pengetahuan Islamnya turut hanyut dengan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah sendiri.

Ini bukan kata-kata dari seorang yang cetek pengetahuan agamanya. Jika Pak Lah tak boleh terima ulama-ulama dari PAS yang mengatakan Islam Hadhari itu sesat, takkanlah Pak Lah tak boleh terima pandangan dari seorang mufti yang mana ia adalah mufti dari kerajaan BN yang diterajui oleh Pak Lah sendiri diperingkat pusat. Lakukan yang terbaik demi Islam.

Renungkan kembali, sorotkan kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan Pak Lah sejak Pak Lah memegang tampuk pemerintahan negara. Begitu banyak perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku....telah terjadi. Memang ia qada dan qadar Allah, tapi...perlu diingatkan bahawa setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Fikirkannya dengan iman, Pak Lah.....Pintu taubat sentiasa terbuka. Allah maha pengampun dan penyayang.

Nak ulas pasal Islam Hadhari ni memang panjang. Tapi, ramai yang dah tahu pesongnya ideologi Islam ni.Tolong peringatkan saudara seislam kita yang telah termakan dengan konsep Islam Hadhari Pak Lah ini. Bertaubatlah....Begitu juga dengan pimpinan kerajaan Terengganu yang selalu melaung-laungkan "ISLAM HADHARI, TERENGGANU BESTARI..."......bertaubatlah.....sama-sama kita memohon keampunan Allah. Wallahualam...


Firman Allah,

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan kepada kebaikan dan yang berpesan-pesan supaya menetapi kesabaran.


Surah al Ashr

No comments

Powered by Blogger.