Anwar Sedang Memberi Keterangan di IPK Jalan Travers

PENASIHAT PKR Anwar Ibrahim kini sedang memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Travers. Beliau tiba sekitar jam 12:30 untuk memberi keterangan ekoran laporan polis dibuat Mohd Saiful Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya 26 Juali lalu.

Beliau diarah hadir ke ibu pejabata polis berkenaan sebelum jam 2:00 ini untuk mengelakkan kemungkinan ditangkap.

Puluhan wartawan dan jurugambar dalam dan uar negeri berserta penyokong Anwar berhimpun di perkarangan IPK berkenaan.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua antara pemimpin PKR yang turut berada di situ bersama sekumpulan peguam yang akan membela Anwar Ibrahim.

Nasib Anwar masih menjadi tanda tanya apakah beliau akan terus ditahan setelah selesai memberi keterangan ataupun dibebaskan dengan ikat jaminan.

Apakah beliau terus dibawa ke mahkamah untuk didakwa hari ini atau esok.

Semalam sewaktu berdebat dengan Ahmad Shabery Chik, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Anwar membayangkan nasib dan kedudukannya sehari dua ini belum tahu lagi. Beliau seoah sudah menyedari bahawa beliau kemungkinan akan ditahan polis.

Malam tadi juga Anwar membayangkan beliau akan bertanding dalam pilihan raya kecil. Isterinya yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail dikatakan akan mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk membolehkan pilihan raya diadakan.

Tunggu perkembangan selanjutnya.

No comments

Powered by Blogger.