dah rasa shabery tak ngaku punye....
KUALA LUMPUR: Kemunculan sejam Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi debat malam ini menunjukkan kedua-dua personaliti ini 'menyerang' satu sama lain berhubung isu kenaikan harga minyak - dengan bekas Menteri Kewangan berjanji akan mengurangkan harga minyak 50 sen selitar manakala Menteri Penerangan pula mempersoal pembangkang tidak memegang pada kadar harga sebelum 5 Jun.
Ahmad Shabery berkata, pembangkang seharusnya menurunkan harga daripada kadar sebelum 5 Jun bukannya berdasarkan paras semasa.
Sambil menyifatkan pendirian Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang populis, Ahmad Shabery memberitahu, berdasarkan kempen pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Anwar telah berjanji akan menurukan harga dengan mengambil kadar ketika itu.
"Sebelum pilihan raya harga hanya RM1.91 seliter (sehingga 4 Jun), tak timbul harga semasa sekarang.
"Kita kena pegang kepada keadaan asal sebelum pilihan raya umum," kata beliau yang memulakan debat bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.
Pengerusi DBP, Datuk Johan Jaaffar menjadi moderator debat itu.
Anwar yang memulakan debat sebagai pemidato pertama mengusulkan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok pihaknya akan mengurangkan kadar minyak sebanyak 50 sen selitar.
Debat ini diadakan pada hari Petronas mengumumkan prestasi kewangan yang berakhir 8 Mac lalu, antara lain telah menyumbangkan RM62.8 bilion kepada perbendaharaan kerajaan.
Isu itu juga disentuh oleh kedua-dua pemidato dalam perbahasan mereka. |
No comments
Post a Comment