apabila tajol rosli lembik bersuara

TAPAH: Badan Perhubungan Umno Perak menolak tanggapan muzakarah Pas-Umno sebagai gimik politik.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, berkata muzakarah itu adalah pendekatan positif ke arah menyatupadukan kaum Melayu, sekali gus memperkasa perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, muzakarah itu sepatutnya disokong oleh semua pihak, terutama orang Melayu.

Katanya, untuk membina perpaduan nasional yang kukuh, semua kaum wajar mengutamakan penyatuan semangat terlebih dulu seperti orang Melayu dengan kaumnya, Cina dengan kaumnya dan orang India dengan kaumnya sendiri.

Beliau berkata, proses penyatuan sesama kaum akan membawa kepada perpaduan nasional yang lebih mantap, sekali gus menjadi aset bernilai dalam negara demokrasi berparlimen seperti Malaysia.

“Majlis muzakarah mempunyai kewajaran dan perlu disokong demi kepentingan Melayu yang sinonim bila dikatakan Melayu adalah Islam,” katanya.


dulu ko bukan main sombong lagi kan?kami bukan pendendam....tapi terasa.........jangan buat sesuatu kerana ada kepentingan peribadi

No comments

Powered by Blogger.