Perancangan Licik Untuk Memencilkan TG Nik Aziz

Perancangan Licik Untuk Memencilkan TG Nik Aziz

“Nampaknya cakap-cakap mengenai rundingan sulit diantara pemimpin tertinggi PAS dengan umno bukannya propaganda umno tetapi benar-benar berlangsung.Hari telah diketahui watak-watak PAS yang pergi berunding meskipun pada mulanya tuan badannya menafikan. Hingga sampai ketahap nak menyaman.

Hari ini Presiden PAS sendiri megakui berlangsungnya rundingan ‘underground ‘ ini. Peringkat awalnya beliau juga menafikannya.

Perkembangan terbaru ini sangat mendukacitakan. Lebih mengecewakan apabila PAS mula menari mengikut irama yang dimainkan oleh umno iaitu ketuanan orang melayu.Kerana berjaya menang 6 kerusi DUN diSelangor dan berjaya menguasai Kedah, maka ebebrapa kerat pemimpinnya merasakan seolah-olah PAS sudah cukup gagah selepas PRU 12.

Apakah faedahnya ingin bersama umno yang kini berada dalam situasi kucar kacir ?umno tak ubah macam tongkang pecah. Percakaran sesama pemimpin tidak dapat disembunyikan lagi. Dengan izin Allah maka hati para pengundi cina dan india (yang selama ini cukup takut dengan PAS angkara hasutan dan momokan umno ) dibukakan untukmenyokong PAS dalam PRU 12. Jangan lupa dan angkuh, sokongan ini diperolehi dengan bantuan PKR dan DAP. Sekaligus memberi harapan kepada kita bahwa dalam PRU13 nanti akan tamatlah riwayat umno & BN yang telah bermaharajalela untuk sekian lama.

Umno dan BN kini tenggelam timbul kelemasan.Sepatutunya inilah masa untuk mengukuhkan lagi setiakawan dalam Pakatan Rakyat, Sesuatu yang tidak diduga PAS dalam senyap mengkhianati PR dengan mengadakan rundingan ‘underground’ di London. Tindakan PAS seolah-olah mencampakkan pelampung kepada umno yang sedang tenggelam timbul ditengah-tengah lautan.

Lupakah pemimpin-pemimpin PAS sebelum PRU 12 sewaktu mereka masih kuat adakah mereka menghulurkan jemputan mengajak PAS untuk sama-sama mengukuhkan lagi ketuanan melayu ? Apa yang PAS terima ialah hinaan, cacian dan pelbagai tohmahan untuk melemahkan PAS. Hari ini begitu mudah PAS melupakan segala-galanya hanya kerana janji-janji manis yang diberikan. Ya….memang untuk sepenggal mereka akan layan permintaan PAS. Tetapi selepas itu kita boleh duga nasib PAS.

Saya setuju sangat-sangat dengan lontaran keresahn TG Nik Aziz dengan perkembangan tidak sihat yang sedang berlaku dalam tubuh PAS. TG Nik Aziz peringatkan pengalaman pahit yang PAS pernah lalui dulu.Jangan sampai ianya berulang lagi.Umno adalah umno. Pegangan mereka , matlamat menghalal cara. Ini yang sedang berlaku. Matlamat mereka ialah untuk terus memegang kuasa. Situasi semasa memerlukan mereka berkorban. Jadi buat seketika mereka tidak teragak-agak mengorbankan kepentingan mereka kepada PAS. Dalam pada itu mereka merancang pelbagai pelan tindakan. Yang mereka lakukan sekarang ialah pelan jangka pendek.

Perkembangan terbaru ini samasekali tidak menguntungkan PAS. Pastinya akan adanya bantahan dikalangan pemimpin dan ahli-ahli. Ini akan memecahbelahkan dan sekaligus akan melemahkan PAS. Inilah yang dibimbangi oleh TG Nik Aziz iaitu kiri kanan akan membenci PAS.Dibenci oleh ahlinya sendiri dan dibenci oleh ahli PR.

Apakah ada dikalangan pemimpin tertinggi PAS yang cemburu kepada TG Nik Aziz? Apakah ada dikalangan pemimpin PAS yang memberi ilham kepada umno cara untuk merampas Kelantan daripada tangan TG ? Sekiranya PAS dapat dijinakkan menyertai umno maka boleh dihitung hari-hari PAS dalam genggaman TG.

Oleh kerana kelemahan Presiden kini kekecohan mulai berputik dalam PAS. Sedih dan hampa kerana begitu mudah PAS termasuk dalam ‘bobby trap’ yang dipasang oleh umno. Seperti yang TG ingatkan, jangan lupa pada sejarah. Ingatkan kembali cerita mudah tapi penuh pengajaran …” Kisah Melepaskan Anjing Tersepit “

Tindakan PAS tak ubah seperti ‘ perempuan tua yang nyanyok’. Siang dia tenun, malam dirosakkannya. Esok dia tenun lagi tapi bila tiba malam dia rosakkan lagi. Bayangkan sekian lama penat lelah usaha untuk memenangi hati para pengundi bukan Islam dan hari ini kita berjaya. Malangnya tak semena-mena sengaja mahu dirobohkan kejayaan ini.

http://www.tranungkite.net

selagi nyawa tok guru masih ada...hargai la beliau....dengar la nasihat beliau

No comments

Powered by Blogger.