AUKU: Awas, Pindaan Sekadar Gimik Politik UMNO Semata-Mata !!
Maka bergembiralah mahasiswa IPT, tatkala Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin menyatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dipinda tidak lama lagi. Antara lain kononnya pindaan tersebut bagi membolehkan mahasiswa lebih terbuka dan berpandangan jauh. Antara lain Khaled menegaskan bahawa pindaan AUKU itu dibuat bagi membolehkan mahasiswa membuat keputusan dan menentukan sendiri perkara yang baik dan buruk untuk mereka. Namun, apa yang lebih menarik diperkatakan ialah perihal pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Sekali dengar, sememangnya ada juga kebaikannya jika inilah cara dan akta baru yang akan dipinda nanti. Namun sesuatu harus diingat sebenarnya. Dalam keadaan UMNO yang sudah ditolak oleh rakyat kini, segalanya berkemungkinan belaka. Mereka nampaknya terdesak dan cuba menagih kembali simpati rakyat bagi meraih kembali sokongan bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang. Lihat sahaja, kini mereka menghebohkan berita kononnya UMNO akan berkerjasama dengan PAS dalam menentukan halatuju umat Islam dan Melayu di negara ini. Maka kecohlah seluruh negara orang memperkatakan tentang perkara ini. Sama ada ia boleh berlaku atau tidak, itu tidak penting. Apa yang paling utama, kenyataan demi kenyataan yang dibuat itu telah mencetuskan satu "konflik" antara Pakatan Rakyat, hingga DAP meminta kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula.
No comments
Post a Comment