BERJALAN SATU NEGARA , MENUJU ISTANA

a
Apa lagi pilihan untuk rakyat Malaysia ?

Semalam, satu lagi usaha rakyat Malaysia, menerusi Pakatan Rakyat, iaitu USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP KEPIMPINAN PERDANA MENTERI, telah ditolak

Jangan berputus asa, rakyat terbanyak masih lagi menaruh harapan, ada lagi usaha – usaha lain, untuk mendesak kerajaan UMNO/BN yang memenangi 142 kerusi parlimen dalam PRU-12, lalu menerusi penipuan dengan kerjasama SPR dan lain – lain nya, menyerahkan mandat dan amanah rakyat kepada Pakatan Rakyat, sebagai pilihan alternatif untuk menjaga kebajikan rakyat.

Sebenarnya boleh lagi dihantar USUL UNDI TIDAK PERCAYA, berkali – kali lagi.

Apakata, kalau beberapa lagi gerak kerja dan tekanan terus dikenakan ke atas kerajaan UMNO/BN, seperti BERJALAN SATU NEGARA, MENUJU ISTANA

Bagaimana ?

  • berjalan satu Negara , menuju Istana
  • Mudah saja , tentukan lokasi dan tempat berkumpul
  • sudah tentu , jawatankuasa perlu dibentuk untuk memudahkan aturcara.
  • Alim Ulamak , ustaz , guru – guru agama hendaklah mengetuai perarakan AMAN
  • Jumlah yang perlu hadhir , tidak perlu ditetapkan
  • Lakukan secara serentak di seluruh negara, katakan bermula jam 9.00 pagi
  • Tentukan tarikh dalam masa terdekat


Tujuan ?

  • Menyerahkan memorandum yang mengandungi desakan supaya DYMM Agung , DYMM Sultan dan Yang Dipertua , campur tangan dengan mendesak kerajaan UMNO/BN meletakkan jawatan , kerana telah gagal menjaga amanah yang diberikan rakyat menerusi PRU-12 lalu , ATAU
  • Menyerahkan memorandum yang mengandungi desakan supaya DYMM Agung , DYMM Sultan dan Yang Dipertua , campur tangan dengan MEMECAT Perdana Menteri kerana telah gagal menjaga amanah yang diberikan rakyat menerusi PRU-12 lalu
  • Menyerahkan nota bantahan , penyalahgunaan jentera kerajaan , khususnya Polis dan Tentera , bagi menghadapi kebangkitan rakyat.


Aktiviti ?

  • Berjalan , sambil berzikir , tahmid , takbir , baca Al quran , sepanjang jalan menuju Istana , di setiap negeri
  • Penganut agama lain , Kristian , Budha , Hindu dan lain – lain , bolehlah mengadakan upacara mengikut kehendak agama masing – masing.
  • Serah nota bantahan dan memorandum ?


Tindakan ?

  • Mulakan tindakan daripada sekarang.
  • Ahli - ahli Parlimen kita sudah mula melakukannya dan bertindak.
  • Adakah kita hanya berpeluk tubuh sahaja ?
  • Adakah alim ulamak kita hanya memenuhi undangan di Masjid dan surau sahaja ?
  • Sejarah telah menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang, memimpin bala tentera menghadapi musuh - musuh di medan perang dalam beberapa siri peperangan.
  • Adakah alim ulamak kita bersedia turun ke jalan - jalan raya , bersama - sama rakyat jelata ?
  • Saranan YAB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang , Presiden PAS , wajar dijadikan pedoman dan panduan , dengan memilih jalan - jalan raya, sebagai cara terbaik bagi menganjurkan bantahan awam dan aman kepada kerajaan UMNO/BN.


    Speaker tolak usul tergempar


    KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini menolak usul tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri yang dikemukakan pembangkang, Khamis lalu.

    Usul tergempar itu dikemukakan Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

    Pandikar Amin berkata, penolakan usul itu dibuat di kamar Speaker berdasarkan Peraturan 18 (7) dan ia sudah dimaklumkan kepada Wan Azizah.

No comments

Powered by Blogger.