PEMIMPIN UMNO @ BN BERJUANG "POLITIK PERUTISM"

a
Pemimpin UMNO rata-rata boleh dilebelkan bagai dilahirkan untuk berjuang dalam dasar "politik perutism" atau "politik perutisma". Paling ketera dalam era pemimpin selepas pejuang bangsa dan tanah air Almarhum Tun Abdul Razak.

Tidak dapat dinafikan "politik perutisma" @ "politik perutism" tidak dapat dielakan oleh semua pemimpin yang ada "bias" peribadi baik dari UMNO @ BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT. Rakyat sedih dan terkilan malah sangsi sebaik sahaja jadi yang berhormat (YB) tak kira dari parti UMNO, MIC, MCA, mula kumpul harta dan wang.

Bercakap mahu bina bangsa, ugama, seribu hujah dan cara bila jumpa rakyat dan bercakap dengan wartawan. Namun pada hakikatnya bermain wayang dan sandiwara murahan. Segala-segalanya terbuka dan terdedah kebodohan dan berhujah dengan fakta yang diulang cetak atau hujah "fotokopi".

Program "debat" atau program "talk shows" seperti HUJAH di TV9 diantara Yb Dr, Syed Azman dari PAS ( Dun Batu Buruk Terengganu) vs ahli parlimen dari parti UMNO mengiyakan ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional bersikap politik ritorik dalam penghujahannya.

Kesimpulan boleh diambil sebaik sahaja program hujah Di TV9 tamat, Pemimpin atau YB dari pari UMNO @ barisan nasional gagal dalam berhujah , hujah kosong malah membuka kelemahan bab kata membuka pekong didada. Kenapa terjadi sedemikaian dengan hujah bodoh dan tiada fakta
cakap merapu?.

Jawapan mudah tidak ada "ehsan" dalam perjuangan rata rata pemimpin UMNO dan Barisan Nasional berpenyakit kronik. Harta dan Wang menjadi pertaruhan.

Begitu juga jika ciri-ciri yang terdapat dalam politik UMNO meresap dalam Pakatan Rakyat yang hala tuju "bagai batang nipah hanyut dimuara" tidak jelas medan politiknya. Tungu saat runtuh dan hancur dalam pilihanraya yang ke 13 nanti.

Akhir kata sekalung tahniah kepada Yb. Dr. Syed Azman, anda berjaya dalam berhujah dan isinya bernas dan cukup cerdik mematah hujah balas. Untuk memudahkan penerbit tv di Malaysia dipaparkan nama-nama pemimpin yang ada cerdik dan pintar seperti Sdr. Idris Ahmad (AJK PAS Puast). Yb Mahfus veteran, Sdr Maidin peguam Pas, Yb basikal (PKR), Yb Nasutium (PKR).

No comments

Powered by Blogger.