Bunyi kuat MP3, walkman rosakkan gegendang telinga

KUALA LUMPUR: Bukan rahsia lagi! Tabiat suka mendengar bunyi muzik yang kuat menerusi pemain MP3, MP4 dan walkman boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna sekiranya mereka tidak berhati-hati dan terlalu terdedah kepada bunyi muzik yang kuat.

Pegawai Perubatan Am Mediviron TTDI Jaya, Dr Sharifah Abd Ghaffar, berkata gelombang bunyi yang kuat bukan saja boleh merosakkan gegendang telinga, malah boleh merosakkan urat saraf dan menyebabkan penyakit lain.

“Gelombang bunyi yang kuat dan tanpa henti menyebabkan tekanan pada gegendang telinga dan menyebabkan kadar pendengaran semakin menurun.

“Masalah itu bukan saja mengakibatkan masalah pendengaran serius, tetapi mungkin pendengar akan menghadapi penyakit lain seperti migrain kerana urat saraf di telinga juga dihubungkan dengan otak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.



Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, mengenai amalan mendengar muzik yang kuat menerusi pemain MP3, MP4, walkman, telefon bimbit dan di pusat hiburan secara berterusan dan melebihi tempoh lapan jam sehari mendedahkan pendengar kepada risiko pendengaran.

No comments

Powered by Blogger.