Dragan Dabic sebenar yang diguna Karadzic masih hidup
BELGRADE: Lelaki sebenar Dragan Dabic yang digunakan oleh penjenayah perang, Radovan Karadzic sebenarnya masih hidup.
Berusia 66 tahun, Dabic, pekerja binaan terkejut apabila namanya digunakan oleh penjenayah perang yang paling dikehendaki di dunia yang diburu lebih sedekad.
Karadzic dikatakan menggunanakan nama Dabic sebagai identiti barunya ketika pemerintahan mentornya, Slobodan Milosevic.
Dabic yang sebenar tinggal di Ruma, sebuah pekan kecil di Serbia di utara Belgrade, kata Rasim Ljajic, pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam pendakwaan penjenayah perang.
"Kad Pengenalan antara Dabic yang sebenar dan 'Dabic' yang digunakan Karadzic hanya dibezakan oleh gambar mereka," katanya.
Ketika ditemui Dabic berkata: "Selepas kisah ini terbongkar, kehidupan saya mula diekori media. Selalunya saya habiskan masa di kebun, tapi kini diburu pemberita dan menjawab banyak panggilan telefon," katanya.
Beliau juga hairan bagaimana salinan kad pengenalannya boleh beralih tangan kepada Karadzic.
“Ini tidak adil. Sementara mereka menahan mereka yang melakukan perkara ini, saya pula disoal siasat oleh polis.
Pegawai kerajaan juga sedang mengesan sama ada kas pengenalan Karadzic yang menggunakan nama 'Dabic' itu palsu atau tulen.
Karadzic ditangkap Isnin lalu dan menunggu untuk diekstradiksi ke tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
di The Hague, Belanda.

No comments
Post a Comment