pak lah nak selalu jumpa PAS


PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno berbual dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Datuk Onn, semalam. Pertemuan itu menarik perhatian berikutan isu pembelian kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta oleh kerajaan Terengganu. - Bernama

Pertemuan Umno-Pas bincang kepentingan Islam, Melayu

KUALA LUMPUR: Umno memutuskan untuk mengatur lebih banyak pertemuan susulan dengan pemimpin tertinggi Pas bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam dan kepentingan orang Melayu.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, petang semalam.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata pertemuan susulan itu pasti diadakan kerana pemimpin tertinggi kedua-dua parti sudah bertemu tiga kali sebelum ini.

“Lebih banyak dialog akan diadakan. Setakat ini ia amat baik dan lebih memahami mengenai asas agama yang kita tak boleh kompromi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MT di Menara Datuk Onn di sini.

Mesyuarat hampir tiga jam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya bila pertemuan seterusnya akan diadakan, Muhammad berkata tarikhnya belum dipastikan, tetapi perbincangan kedua-dua parti itu tetap akan diteruskan untuk kebaikan rakyat dan negara.

No comments

Powered by Blogger.