Daripada berserabut, cadangkan saja Nik Aziz jadi pemimpin

Semasa hayatnya masih ada, cadangkan beliau sebagai pemimpin.

Politik sekarang terlalu celaru. Krisis ini memeningkan kepala kita. Kita kena cari seorang pemimpin yang tiada masalah dengan masyarakat.

Kita kena cari pemimpin yang ada kemampuan memimpin, yang rekod pernah memimpin yang panjang, pemimpin yang tiada masalah, wataknya baik soleh. Dipercayai pula, kita percaya dia tak rasuah, dia tak salah guna kuasa. Kita cari orang ni, kita cadang dia. Kita jangan menyempitkan pemikiran kita pada dua tiga calon saja.

Diatas, petikan sebagaimana yang diucapkan Mufti Perlis.

Hari-hari berlalu selepas 8 Mac 2008, keadaan semakin merisaukan jiwa aku. Aku sayangkan Malaysia. Aku tidak mahu Malaysia jadi celaru seperti ini. Detik hatiku, calonkan saja MB Kelantan. MB Kelantan diakui kehebatan oleh segenap lapisan masyarat. Seorang yang soleh, tawadduk, beriman dan boleh dibuat kira bicara.

Di Kelantan, semua orang sayang dan menyegani beliau, baik melayu, cina, india dan siam dari pelbagai parti politik. Beliau adalah ikon rakyat Kelantan. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa dia juga adalah “Ikon Pemimpin Malaysia”.

Dari segi kemajuan, Kelantan adalah setanding dengan negeri-negeri lain, bahkan lebih baik berbanding dengan negeri-negeri tertentu. Walaupun dari negeri yang mempunyai sumber yang sedikit, tapi beliau mampu. Apatah lagi Malaysia.

Namun begitu, saya masih berfikir, realistkah idea ini? Tapi hari ini saya yakin idea ini adalah realistik setelah mengetahui Mufti Perlis berpendapat seperti saya.

Dibawah ini saya sertakan video Mufti Perlis mencadangkan Nik Aziz sebagai pemimpin masa kini bagi menguraikan kecelaruan politik.


http://smallvillage.wordpress.com

hargai la tok guru selagi tok guru masih ada.....ya allah selamatkan tok guru kami

No comments

Powered by Blogger.