Konsert 'Karnival' Protes : Berhenti Cari Salah Mari Muhasabah.

Oleh kicap_melayu

"Sejak insiden ganas konsert Karnival Protes baru-baru ini ruangan artikel sumbangan TKO dipenuhi dengan artikel mengenai keganasan dan insiden jijik semasa Protest itu diadakan pada 6.7.08.

Kebanyakannya cuba mencari siapa bersalah dan sering tuding menuding jari kepada pihak yang dianggap bertanggung jawab.


Perkara ini telah berlaku dan tak mungkin di perbaiki dan dibetulkan dengan cuba mencari siapa bersalah, tuding menuding lebih menguntungkan pihak musuh, pihak musuh yang seperti musang berbulu ayam akan menjurus minyak permusuhan dan buruk sangka antara kita, siapa akan rugi.

Perkara itu sudah berlaku dan semua pihak patut bertanggung jawab dan mengambil iktibar dari kesilapan ini. Pendapat saya perhimpunan protes yang baru lalu sedikit pun tidak menggambarkan kemelut kesusahan rakyat - ia lebih merupakan pesta karnicval yang melalaikan kita dari wadah asal perjuangan.

Kenapa perlunya konsert, adakah untuk menarik generasi muda menyertai perhimpunan? Ini sama seperti yang dilakukan di negera-negara barat. Protes yang lebih merupakan karnival muzik.

Walaupun Ada ucapan dan pidato pemimpin-pemimpin PR dan NGO.

Kalau nak protest buat betul-betul, tunjukan kepada kerajaan keresahan, kegusaran dan kesengsaraan kita terutama rakyat di kampung dan luar bandar. Bukan dengan cara ini. Berada di Stadium dan dihidangkan dengan muzik dan akhirnya bergaduh sesama sendiri.

Pandangan saya ianya tidak jauh bezanya dengan konsert Jom / Sure Hebuh. Genarasi kita selalu dilalaikan dengan perkara begini KONSERT, salah satu cara Yahudi melalaikan umat Islam ialah ‘SONGS’, kita telah membantu Yahudi melaksanakan satu dari agenda mereka agenda mereka.

Kepada penyumbang artikel
BEHENTILAH BERBINCANG PERKARA KONSERT KARNIVAL PROTES - Masih banyak perkara penting perlu dibincang dan dimaklumkan.

Akhir qalam : Syaitan akan memperlihatkan segala keburukan yang kita lakukan sebagai suatu yang terbaik dan bermenafaat."

No comments

Powered by Blogger.