Lambakan isu dicipta BN untuk alih perhatian rakyat - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata lambakan isu yang direka BN mutkahir ini tidak berjaya mengalih perhatian rakyat terhadap perubahan yang dibuat Pakatan Rakyat.

Meskipun pelbagai isu timbul bagi menggugat perancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan BN, ianya sedikitpun tidak berjaya merubah hasrat yang telah digariskan, katanya.

"Kita tidak dapat menafikan bahawa terdapat pelbagai usaha termasuk isu liwat Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, isu hubungan dalaman parti-parti komponen Pakatan Rakyat serta isu muzakarah PAS-Umno yang bertujuan untuk mengalih perhatian umum selain memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.


seterusnya...

No comments

Powered by Blogger.