UMNO - hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong......
alditta | ...Umno dikatakan telah menawarkan kepada PAS beberapa jawatan tinggi, termasuk jawatan MB, sekiranya PAS bersetuju menubuhkan kerajaan campuran di Selangor,
Perak dan juga diperingkat Persekutuan.
Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menggesa muzakarah PAS-Umno dihentikan kerana bimbang partinya dilihat sebagai "kera sumbang",sebaliknya mencadangkan PAS-UMNO mengadakan muqabalah berkaitan dengan isu agama Islam. Read here.
PAS janganlah terperangkap dengan janji manis UMNO. PAS juga harus fikir wadah perjuangannya selama ini adalah jauh berbeda dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO.Umpamanya berkaitan dengan konsep Islam Hadari,PAS tidak pernah menyokong konsep ini. Sanggupkah PAS terima konsep Islam Hadari demi perpaduan Ummah?
Yang pasti UMNO sudah desperate. UMNO sedar sokongan orang Melayu terhadap parti tersebut kian terhakis. UMNO juga sedar bahawa orang Melayu sudah bersatu untuk menolak politik kronisma,rasuah dan salahguna kuasa yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
UMNO hanya mampu berkuasa dengan sokongan parti-parti Melayu dan bukan Melayu dari Sabah dan Sarawak saja,sedangkan sokongan orang Cina dan India sudah merudum. Tanpa sokongan ini UMNO sudah lama terkubur.
PAS perlu belajar daripada pengalamannya semasa berada dalam BN dulu dan macam mana setelah UMNO pulih kekuatannya semula setelah mengalami kekalahan teruk dalam pemilu 1969,PAS diterajang keluar macam sampah ditepi jalan. Jika UMNO begitu gila talak sangat kat PAS cadang UMNO bubar saja dan bergabung denan PAS.... selanjutnya.
No comments
Post a Comment