Menjaga Keharmonian Ummah

 Bagi golongan yang prihatin, kita pasti sedar bahawa akhir-akhir ini negara berdepan dengan pelbagai situasi begitu asing dan tidak pernah berlaku sebelum Pilihanraya Umum ke 12. Walaupun PRU 12 telah menzahirkan pilihan rakyat namun kesannya masih dirasai oleh rakyat Malaysia. Ahli-ahli politik sama ada yang menang atau yang kalah sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat kemenangan atau kekalahan mereka. Lantaran meletakkan politik kepartian mengatasi kepentingan rakyat.

Seharian masih sering diperkatakan tentang kesan PRU 12 ini serta natijah daripada keputusan tersebut. Malah terdapat segelincir pihak yang seolah tidak dapat menerima keputusan itu dan mencari pelbagai jalan atau helah bagi menjayakan cita-cita politik mereka.


PRU 12 sebenarnya memberi impak yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya orang Islam. Kestabilan politik seperti dahulu tidak lagi jelas malah ahli-ahli politik diuji dengan pelbagai ujian bagi menegakkan prinsip masing-masing.seterusnya....

No comments

Powered by Blogger.