Malaysia ada Undang-Undang- Hamid Albar


>>
Pandangan Anda

Listed by -mbo -

Sebabkan Malaysia ada undang-undang la Polis rogol dalam lokap semasa soal siasat. Malaysia ada undang-undang sebab tu mata Anwar Lebam masa dalam lokap. Malaysia ada undang-undang sebab tuh pembunuh sebenar altantuya masih belum berjaya ditangkap.

Kalau itu yang diulas oleh Hamid Albar di Parlimen semalam bahawa jaminan keselamatan akan diberi kepada Anwar tetapi ternyata dari apa yang berlaku 2 minggu lepas ni keselamatan rakyat biasa pun tidak boleh dijamin terutama dalam pemerintahan Barisan Nasional sekarang ni.

Ketua Menteri rogol budak dulu memang kita pernah dengan dan dah tak menjadi 'janggal' dah bagi rakyat Malaysia. Tapi akhir-akhir ni timbul pulak polis yang merogol suspek semasa soal siasat dan dipaksa membuat seks luar tabi'i pula. Jaminan apa yang dimaksudkan oleh Hamid Albar dengan mengatakan Malaysia ada Undang-undang.

Mana-mana negara yang wujud wajib mempunya undang-undang sendiri tapi persoalannya sejauh mana ketelusan dalam melaksanakan undang-undang tersebut.

No comments

Powered by Blogger.