MENJELANG MUKTAMAR PAS DIPERAK - PERTAHANKAN INSTITUSI KEPIMPINAN ULAMAK!!!

Oleh sripetaling

"
Tidak lama lagi seluruh perwakilan PAS InsyaAllah akan berbondong-bondong berkampung di Perak untuk menghadiri Muktamar Pas yang bakal menyaksikan PAS memiliki 3 menteri besar! Setelah lebih daripada 100 hari PAS berkhidmat sebagai penyampai dan perlaksana suara rakyat (kami mendoakan kejayaan anda di dunia dan di akhirat!)... penulis (sebagai golongan marhaen) berpendapat PAS agak longgar dalam ketegasannya dalam berhadapan dengan sesuatu isu. Nasib baik kita ada wira dari unit amal yang bertindak bijak menarik diri (kira-kira 700 anggotanya) daripada himpunan protes baru-baru ini!! Tahniah dan salute!!


Kerana anda telah menyelamatkan maruah PAS daripada dicemari!! Tahniah dan salute juga kepada ketua pemuda PAS Selangor dan ahlinya yang menyelamatkan maruah dan imej PAS ketika membantah konsert Ella dan Mas Idayu walaupun terpaksa berhadapan dengan pihak tertinggi!! Tabik kepada anda! Tahniah juga kepada Sdr. Kamaruzzaman Ketua Pemuda PAS Wilayah yang bertungkus lumus menyelamatkan maruah PAS ketika sebelum insiden amuk protes berlaku! Tahniah kepada anda semua...lipatan sejarah InsyaAllah tidak akan melupai keringat dan keikhlasan anda dan ianya akan terus tersemat dalam memori dan sanubari generasi yang akan datang!!InsyaAllah....
Penulis juga turut mengharapkan agar mereka ini untuk terus mempertahankan kepimpinan ulama yang semakin hari tampak kepudaran pengaruhnya dalam menentukan hala tuju parti (sekadar pandangan peribadi). Sebaliknya kita melihat seakan-akan ada pihak lain yang cuba mengambil alih peranan kepimpinan ulama ini. Namun dengan beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini ...penulis begitu optimistik ramai ahli PAS sudah mula menghidu usaha 'pemencilan' yang dilakukan terhadap golongan 'pak lebai' ini daripada arus perdana.

Saya percaya ahli PAS akan bangun bangkit untuk mempertahankan institusi terpenting PAS ini daripada terus dilemahkan oleh pihak-pihak tertentu!! Perwakilan PAS sangat 'alert' dengan apa yang berlaku! Jadikan lah muktamar di Perak nanti sebagai mahkamah dunia sebelum diludahi oelh generasi yang akan datang!!! Jangan biarkan isu ini menjadi ubat kepada kecederaan UMNO untuk memulihkan dirinya!!!

'Ke Arah Kepimpinan Ulama'
"

No comments

Powered by Blogger.