MENTERI KABINET - Mentaliti Budak Tadika

Oleh saf

"a
Sejak 2-3 hari ini aku cuma baca berita sukan dan berita luar negara dalam Utusan Malaysia. Entah kenapa hari ini aku jadi berminat pulak nak baca sebaik saja aku lihat tajuk utama Utusan Malaysia. Dan aku dengan sukarelanya ingin mengulas secara ringkas berita-berita yang melibatkan MENTERI KABINET MALAYSIA yang dipaparkan di Utusan Malaysia hari ini. Tujuan aku mengulas ialah untuk memberi Anugerah Menteri Paling Bodoh kepada menteri yang paling bijak memberi komen dalam Utusan Malaysia hari ini. Tiga pemenang pada hari ini ialah :-

Pemenang komen tempat ketiga ialah:-

PM: Satu pengkhianatan Perbuatan sebar fitnah, bohong timbulkan persepsi negatif negara.

Antara komen Pak Lah :-

".......pembohongan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media Internet seperti laman blog dan klip video dalam YouTube merupakan usaha untuk menggemparkan fitnah-fitnah berkenaan dan ia tidak mendatangkan kebaikan kepada negara."

Komen aku:-

Pak lah lupa nak sebut Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan RTM1 adalah penyebar fitnah utama negara. Pihak ini yang bertanggungjawab mensensasikan kes liwat Anwar dan kes Najib Altantunya.

Atau mungkin Pak Lah ini memang jenis tak pernah baca suratkhabar. Dia cuma baca Warkah Untuk PM, SMS, laman blog dan layan You Tube.

Alahai Pak Lah..Nampaknya engkau masih lagi dengan mentaliti seperti dahulu. Keyakinan aku semakin bertambah yang kau akan tersungkur tak lama lagi....samada ditangan PR atau UMNO sendiri..terpulanglah samada kau nak percaya atau tidak. Mungkin aku juga kau anggap sebagai penyebar fitnah..ikut suka engkaulah Pak Lah. Pak Lah tidur lagi....kau memang layak dapat tempat ke tiga

Naib Juara komen ialah:-

Najib: Protes harga minyak gagal

Antara komen Najib

"....perhimpunan yang kononnya akan dihadiri sejumlah besar rakyat 'mencecah sejuta orang' itu tidak seperti yang digembar-gemburkan.

''Dari segi bilangannya (adalah) dia (penyokong fanatik pembangkang), maknanya yang digembar-gemburkan (sehingga) sejuta (orang) ialah sesuatu yang tidak dapat dicapai, digembar-gemburkan dan rakyat tidak sertai pada bilangan yang diandaikan.

''Hanya penyokong fanatik mereka sahaja dalam perjumpaan itu," katanya.


Komen aku:

Nampaknya macam Najib lega sebab beliau seolah-olah membuat kesimpulan dari jumlah keseluruhan 20 juta rakyat Malaysia, hanya 30,000 sahaja yang protes harga kenaikan minyak manakala yang selebihnya bersetuju dengan tindakan kerajaan.

Mentaliti Najib pun masih seperti dulu. Dia terus menganggap bahawa rakyat masih lena macam bossnya Pak Lah. Mungkin sebab dia menang besar kat Pekan dalam PRU12. Alahai Najib..esok aku nak pergi rumah engkau boleh tak..sebab aku ada perkara sikit nak cerita..kalau saiful boleh takkan aku tak boleh? Jangan takut sebab aku bukan nak mintak biasiswa..tapi aku nak bagi cadangan macam mana nak selesai kes Altantunya secepat mungkin...aku dah tak sanggup lagi tengok engkau meracau-racau tak tentu hala kat media-massa..Lagipun dah tak lama dah engkau nak turut tersungkur macam boss engkau..melainkan kalau kau ganti Sabery dalam debat 15 Julai ni..Cuba lagi untuk menjadi juara komen..

Dan akhir sekali, Anugerah Menteri Paling Bodoh hari ini jatuh kepada:-

Semua jelas, tidak perlu bukti - Syed Hamid

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu membuat helah berhubung isu campur tangan Amerika Syarikat (AS) dengan meminta kerajaan mengemukakan bukti pula.

Beliau berkata, tindak-tanduk bekas Timbalan Perdana Menteri itu selepas timbulnya laporan liwat yang dihadapinya ternyata sudah menjelaskan segala- galanya kepada rakyat.

''Tak payah kita nak tunjuk bukti, dah nyata, jelas terkeluar, betul tak AS ada suruh kita berhenti (siasatan Anwar atas dorongan politik)? Itu bukan bukti?

''Betul tak, ada Paul Wolfowitz (rakan Anwar) buat kenyataan serentak sama waktunya dengan dia buat kenyataan. Ada tak dia berjumpa Duta? Itu dia kena buktikanlah," katanya.


Komen aku:-

Tak payah aku nak komen panjang-panjang sebab dia memang layak dapat Anugerah pada hari ini. Cuma aku nak komen sikit je..Islam Hadhari mendapat pengiktirfafan George Bush. Agak pelik bila musuh Islam no 1 boleh iktiraf Islam Hadhari. Tak pernah dalam sejarah yahudi iktiraf Islam. Err..siapa agen Yahudi ni..aku pening le..mintak pemenang Anugerah jawab dalam Utusan Malaysia esok. Mudah-mudahan dapat Anugerah lagi...

No comments

Powered by Blogger.