MT Umno bincang usul Presiden, Timbalan Presiden tidak dicabar?
KUALA LUMPUR: Ketika tinggal kurang seminggu cawangan-cawangan mula bermesyuarat, Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat petang ini dijangka membincangkan usul Presiden dan Timbalan Presiden dipilih tanpa tandingan.
MT juga akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang peralihan kepimpinan parti.
Urusan penting dijangka diumumkan pada petang ini.
Difahamkan, walaupun anggota MT belum menerima agenda khusus mesyuarat petang ini tetapi usul sedemikian akan dibawa dalam pertemuan hari ini.
Usul ini juga dipercayai untuk memastikan proses peralihan kuasa yang lancar selepas prestasi buruk Umno dalam pilihanraya umum lalu.
"Difahamkan sudah ada usaha untuk membawa usul itu hari ini. Sejauh mana ia akan berjaya belum dapat dipastikan," kata sumber itu kepada mStar Online.
Sumber itu juga memberitahu jika usul itu dibawa, akan menyaksikan perbahasan yang mendalam memandangkan ada pihak yang mahu pertandingan diteruskan bagi menunjukkan amalan demokrasi dalam parti masih subur.
MT Umno mengadakan pertemuan petang ini, yang kedua selepas menganjurkan program retreat lebih sebulan yang lalu.
Mesyuarat hari ini juga penting memandangkan mesyuarat agung tahunan peringkat cawangan akan bermula Selasa depan. Mesyuarat cawangan disusuli dengan persidangan bahagian Oktober ini dan pemilihan pusat Disember ini.
Minggu lalu Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang telah menyatakan pendirian untuk mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak masing-masing mengekalkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Pendirian yang sama dilahirkan oleh Badan Perhubungan Selangor dan Melaka. Perlis juga mempunyai pendirian yang sama.
Pemilihan kali ini juga dikatakan penting selepas timbul pandangan supaya Abdullah melepaskan jawatannya ekoran prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.
Abdullah dipilih sebagai Presiden pada tahun 2004 selepas mengambil alih kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad Oktober 2003.
Najib pula dipilih sebagai Timbalan Presiden.
Umno pernah menggunakan formula Presiden dan Timbalan Presiden dipilih tanpa bertanding.
Dalam pada itu, Abdullah dijadual menyampaikan taklimat khas kepada kesemua 191 ketua UMNO bahagian parti selepas mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Ia bertujuan menjelaskan perkembangan dan senario politik tempatan.dolah dengan najib ni betul-betul penakut la......mulut je berani
No comments
Post a Comment