[MUTAKHIR] BPR tahan 8 kereta Exco kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan lapan buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.

Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian ketika dihubungi berkata empat daripada kereta berkenaan ditahan pada Khamis lepas manakala bakinya ditahan sehari kemudian.

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lapan kereta yang ditahan itu.

Semalam, Sharuddin berkata setakat ini sembilan individu telah dipanggil oleh BPR untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Khamis lepas, pegawai BPR memulakan siasatan kes itu dengan mengambil dokumen dari pejabat Perbendaharaan Negeri diikuti tindakan sama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.