Apabila TGNA kata bubar...

Oleh alhusseyn

"




Kenyataan Tuan Guru , Mursyidul ‘Am PAS, Nik Aziz , agak sukar untuk ditafsirkan maksud sebenar apa yang tersirat dengan kenyataan Tuan Guru seperti berikut :



Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

Apabila Tuan Guru kata , Umno bubar , almaklumlah kepada kita semua bahawa Tuan Guru mahu supaya Umno menukar dasarnya daripada bukan Islam kepada Islam. Itu semua orang boleh tahu dan mudah difaham.

Apabila Tuan Guru kata , Umno bubar , almaklumlah kepada kita semua bahawa Tuan Guru mahu supaya Umno menukar dasarnya daripada bukan Islam kepada Islam. Itu semua orang boleh tahu dan mudah difaham.

Tapi, bila PAS juga turut dicadangkan supaya PAS pun bubar , kita agak payah sedikit nak menafsirkan apa sebenarnya maksud yang tersirat disebalik ungkapan tersebut. Orang boleh mentakwilkan ungkapan tersebut dengan pelbagai cara.

Terserahlah kepada kebijaksanaan masing-masing. Saya bukan orangnya untuk mengulasnya kerana pada jangkaan saya , kata-kata itu ada kaitannya dengan isu yang sensetif dan mendapat pelbagai riaksi dari pelbagai pemimpin seperti ini dan juga ini

Abdul Hadi menjelaskan, keputusan sama ada muzakarah antara UMNO dan Pas akan diteruskan bergantung kepada persetujuan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi

Bila Tuan Guru berkata lagi : Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam – sudah tentulah Pak Lah nanti kata : Kita Umno ni dah Islam lama dah.Umno komited dengan Islam dan memperkenalkan kepada ummat sedunia Islam Hadhari! "Saya sudah bercakap mengenai Islam Hadhari merata dunia, semuanya menerima konsep itu."

Menurut Najib pula , "Islam Hadhari yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mampu menjadikan agama Islam itu lebih dihormati berbanding PAS yang mengamalkan ajaran Islam yang sempit."

Kalau begitu jawab si Dollah , sudah tentu Tok Guru akan kata : Betullah apa yang orang kata ; Umno tidak tolak Islam , tapi mandai– mandai menambahkan Islam – yang dah molek adanya ‘ISLAM’ tapi dia gi tambah –tambah lagi jadikan ‘ISLAM HADARI’ buat apa? Umnolah jawab. Mmmmph No jawab?

Dan apabila Tuan Guru turut mengatakan Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu dinegara ini , tiba-tiba saya teringat kepada rasa terbuku Adun Titi Serong , YB Drs Idham Lim yang meluahkan rasa tidak puas hatinya tatkala merasmikan Seminar Perubatan Islam baru-baru ini di Ipoh.

Menurut Idham, “Orang Melayu masih menganggap keturunan Cina seperti dirinya, walaupun dah masuk Islam bertahun-tahun lamanya , masih di anggap seorang Muallaf lagi!”

Untungnya Idham diterima sebagai ahli PAS dan menjadi calun dan seterusnya kini menjadi seorang wakil rakyat , membuktikan bahawa PAS tidak ada diskriminasi terhadap sebarang kaum.Idham juga sekali gus telah membuktikan dirinya bukan muallaf kerana dia juga sibuk dengan kuliah-kuliah ugama yang disampaikannya di beberapa masjid dan surau-surau.

PAS , yang telah menubuhkan Kelab penyokong-penyokongnya yang terdiri dari pelbagai kaum dan mendapat sambutan yang menggalakan , dilihat amat menepati sebagai mana ungkapan Tuan Guru tersebut. Renung-renungkanlah bersama.

"

No comments

Powered by Blogger.