UMNO mesti amal Islam tulen untuk joint PAS

Korang jangan terpedaya dengan tajuk berita. Apa kata TG Nik Aziz tentang muzakarah PAS UMNO sudah cukup jelas. Tiada muzakarah !!! Tapi keesokan harinya Utusan Meloya dan beberapa media lagi terus mainkan melodi yang sama. Pada mereka rakyat mesti terus di tipu. Kalau tak tipu, UMNO tak boleh hidup.

Ada manusia yang baca tajuk berita. Isi kandungan tak payah jenguk, buang masa. Macam berita ini. Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru

Kalau baca isinya, maksud sebenarnya lain ....

nik azizMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini
Dah baca ... kita kena pikir. Sanggupkah Rosmah pakai tudung, tutup rambut sarang tebuan? Sanggupkah Azalina menjadi seorang wanita sejati dan mungkin isteri mithali? Sanggup ke pemimpin BN buang botox di muka untuk menjadi HALAL? Sanggup ke mereka buang semua kekayaan untuk masuk PARTI yang berlandas kan Islam? Tu korang kena kaji dan aku berani kata, UMNO tidak akan ubah kepentingan diri.

Itu sebab diorang cipta ISLAM HADHARI.

Dan kerana itu kita jangan meloncat bila dapat tahu berita bercanggah kerana kita tak baca isi, cuma baca tajuk.

No comments

Powered by Blogger.