PAS tolak muzakarah, Khir Toyo tegas tidak ancam bukan Melayu

NIK Abdul Aziz Nik Mat (tengah) dikerumuni wartawan selepas menghadiri mesyuarat tertutup pemimpin tertinggi parti itu di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din (kiri), Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (belakang) dan timbalannya Nasharudin Mat Isa (dua, kiri). - fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Beberapa jam sebelum Majlis Tertinggi (MT) Umno bermesyuarat petang ini yang kemungkinan membincangkan isu muzakarah Umno-PAS, bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mahu orang bukan Melayu dan bukan Islam melihat pertemuan dan perbincangan antara orang Melayu - muzakarah Umno-Pas - dari sudut positif.

"Jika ada persefahaman di kalangan pemimpin Melayu untuk terus menjaga kepentingan agama dan bangsa, pasti ini lebih mententeramkan arus kerisauan di bawah. Ini sekaligus dapat menstabilkan keadaan politik kita," kata beliau dalam blognya hari ini, yang diposkan sebentar tadi.

Kata Dr. Mohamad Khir, beliau tidak fikir orang bukan Melayu atau bukan Islam perlu merasa bimbang atau gundah gulana apabila ada usaha orang Melayu untuk berdialog mencari arah tuju perpaduan baru bagi menjaga kepentingan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan dan persetujuan kemerdekaan.

Dalam tulisan itu, yang dikeluarkan sehari selepas pemimpin-pemimpin PAS menolak idea muzakarah sebaliknya mengesyorkan muqabalah, Dr. Mohamad Khir memberitahu, "ada juga andaian bahawa saya dan pemimpin Pas yang berbincang untuk menubuhkan kerajaan campuran sebagai tidak menghormati kehendak rakyat."

"Ada pula yang mendakwa bahawa perbincangan tersebut bertujuan menyelamatkan UMNO," katanya.
Sebaliknya jelas beliau,"saya fikir ini adalah andaian yang tidak tepat."

Tambah Dr. Mohamad Khir, keputusan pilihan raya umum ke-12 menunjukkan Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang mendapat kerusi terbanyak sebanyak 20 kerusi, diikuti oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) 15, DAP pula 13 dan Pas memperoleh lapan kawasan.

Malah jika sebagai parti secara sendiri pun UMNO masih merupakan parti yang paling banyak menang kerusi di DUN Selangor 18 kerusi, katanya lagi.

"Perlu diingat Pas, PKR dan DAP bertanding secara parti masing-masing bukannya atas tiket Pakatan Rakyat.

"Malahan di kampung-kampung Pas tidak pernah mengakui kerjasama mereka dengan DAP.

"Justeru, dalam keadaan tiada parti yang mendapat majoriti, mana-mana parti berhak mengadakan rundingan untuk menubuhkan kerajaan campuran. Ini adalah keadaan biasa di mana-mana negara yang mengamalkan amalan demokrasi berbentuk banyak parti," katanya.

Oleh itu, katanya lagi, kebimbangan bahawa kerajaan campuran BN-Pas satu cubaan menidakkan kerajaan berbilang kaum adalah tidak tepat.

"Ini kerana BN masih mempunyai MCA yang tentu akan diberi jawatan EXCO," katanya.

  • Penyokong bukan Islam PAS bimbang hasil muzakarah
  • PPP: Muzakarah wajar bincang khusus masalah negara
  • MB Perak mahu dialog Umno-PAS dihentikan

  • dah la tu wahai insan bernama khir toyol...... sebenarnya kamu yang banyak merosakan bangsa melayu.....muhasabah la khir

    1 comment

    Anonymous said...

    This Toyol bugger has been sodomizin' the Rakyat of Selangor. Now Khalid is trying to make it truly mean "Darul Ehsan". See, got 20 cubic meter free water.

    The Kingdom of Oman provides free water for its citizens and charges non-citizens at 30% of cost.

    Katherka

    Powered by Blogger.