PERUBAHAN...

PERUBAHAN... Pemakaian songkok dan tudung khas oleh pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semasa majlis konvokesyen akan dihentikan dan diganti dengan topi mortar bermula 23 Ogos ini.

Timbalan Rektor di Bahagian Akademik dan Kajian, Prof Datuk Dr. Tahir Azhar berkata, perubahan ini dibuat bagi menyeragamkan etika pemakaian konvokesyen pelajar di seluruh negara. "Tambahan pula dengan perubahan ini kami tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan berunsur skeptikal (was-was) daripada sesetengah pihak," katanya.

Dijangka seramai 4,112 pelajar akan mengenakan jubah dan topi mortar baru pada konvokesyen yang akan diadakan dari 23 hingga 25 Ogos ini. Warna jubah juga ditukar dari warna hijau firus (turquoise) kepada biru firus, dan mengubah corak songket yang sedia ada di bahagian lengan jubah dengan songket pucuk rebung yang lebih terserlah.

Kapsyen (gambar atas):
KAKITANGAN dan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memperagakan jubah baru yang akan digunakan pada majlis Konvokesyen UIAM Ke-24 pada 23-25 Ogos ini di kampus utamanya di Gombak.

Kapsyen (gambar bawah):
DR. MD. Tahir Azhar menunjukkan jubah baru UIAM. - fotoBERNAMA

No comments

Powered by Blogger.