Pemberita Media Perdana, patut dipersalah sebar khabar angin, spekulasi

Oleh ulitmayang

"a
Kebetulan melihat tajuk di bawah dalam ONLINE BERITA HARIAN, sekejap tadi, rasa – rasanya tajuk di atas lebih sesuai, atau tajuk di bawah yang patut disiarkan ?

Pembaca, seluruh rakyat Malaysia boleh membuat penghakiman yang lebih adil. Sudah terlalu lama kerajaan menjadi hakim dalam seluruh kehidupan rakyat Malaysia, wal hal, kerajaan hanya diberikan amanah untuk menjaga kebajikan rakyat, sebaliknya yang berlaku pemerintah UMNO lebih mementingkan anak beranak , anak menantu dan kroni – kroni mereka sahaja.



Rakyat terbanyak dibiarkan berebut – rebut makanan dalam tong – tong sampah di tepi jalan, bersama anjing dan kucing, untuk sesuap nasi pagi dan petang.

Keadaan dan sitausi ini rasanya adalah tidak adil untuk rakyat Malaysia.

Adalah menjadi suatu yang wajib bagi seluruh rakyat Malaysia, untuk menukar pemerintah yang ada kini, dengan menjatuhkan kerajaan UMNO/BN, kepada pemerintah yang lebih adil kepada rakyatnya, menjaga kebajikan rakyatnya, memenuhi kehendak rakyatnya, menjaga kesihatan rakyatnya, memelihara keamanan dan keselamatan rakyatnya, memberi pendidikan kepada rakyatnya.

Penulis blog patut dipersalah sebar khabar angin, spekulasi: PM

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu penulis blog menghentikan perbuatan membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin kerana perkara itu menjadi antara faktor membawa kepada ketidakstabilan politik negara.

“Saya minta penulis blog hentikan semua ini kerana mereka juga bertanggungjawab bagi apa yang berlaku. Jalan terbaik yang mereka dapat lakukan ialah hentikan semua ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan beberapa perbincangan dua hala sempena Sidang Kemuncak Ke-6 Ketua-ketua Kerajaan D-8 di sini hari ini.

Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) dijadual bermula dengan rasminya di ibu negara esok. Perdana Menteri mengulas keadaan politik negara sekarang, yang dilihat masih tidak stabil sejak pilihan raya umum Mac lalu.

Semalam, Perdana Menteri berkata beliau sedar ada rakyat yang sudah muak dengan permainan politik yang sedang berlaku dalam negara dan berjanji akan memberikan perhatian untuk memenuhi keperluan rakyat.

“Fitnah sudah kian bermaharajalela. Salah atau benar sudah tidak diambil kisah,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad yang memetik reaksi orang ramai dan pemimpin masyarakat mengenai perubahan suasana politik negara sejak beberapa bulan lalu.

“Apa juga kebenarannya, kebenaran itu pasti akan muncul...jangan bimbang mengenainya,” katanya.

Ditanya apakah pendekatan yang akan digunakan kerajaan untuk menghentikan khabar angin dan spekulasi dalam internet, beliau berkata: ”Apabila kebenaran sudah muncul, semua ini akan berhenti, kami akan pastikannya.” —

Bernama
"

No comments

Powered by Blogger.