Utusan Meloya terus putar beli fakta

Oleh SOFIWAHAB

" Seperti dijangka Utusan Meloya terus menggunakan isu penyanyi rock dibelasah dalam program Protes Ahad lalu sebagai 'senjata' utama. Mungkin berminggu-minggu malah berbulan-bulan isu ini akan dimainkan untuk mengabui mata rakyat. Malah aksi ini mesti ditayangkan kembali jika ada kempen pilihanraya kecil atau umum. Memang ini taktik lapuk BN yang masih tidak faham bahawa rakyat sudah cerdik. Mereka tidak sedar kita sekarang berada di dalam zaman 'langit terbuka'. BN tertinggal jauh ke belakang.

Tajuk berita yang mereka gunakan untuk mengulas isu ini iaitu "Pakatan pembangkang bawa budaya liar dibidas" sudah cukup untuk menggambarkan bahawa isu ini akan digunakan sebagai senjata untuk 'menembak' Pakatan Rakyat sehari dua ini.

Hari ini Menteri Kementerian ZALIM, Syed Hamid Albar dengan sinis berkata (dipetik dari Utusan Meloya), ''Saya tak tahu sama ada mereka nak galakkan budaya tunjuk punggung ini, apa manfaat yang kita peroleh daripadanya.

''Pakatan pembangkang cubalah disiplinkan orang yang mereka ajak ke situ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Putra Jaya semalam.

Kita hairan mengapa pemimpin BN begitu cepat menuding jari kepada insiden ini, sedangkan kerajaan BN membiarkan budaya konsert liar, filem-filem yang menjolok mata dan sebagainya terus disiarkan oleh stesyen-stesyen TV tempatan seperti Astro, TV3 dan lain-lain.

Pakaian-pakaian penyanyi, pelakon-pelakon terutama dari barat yang ditayangkan di TV tiap-tiap hari tidak pula mereka komen.

Insiden Ahad lalu memang tidak dijangka dan Pemuda PAS awal-awal lagi sudah membuat bantahan kepada slot nyanyian tersebut namun penganjur tetap mahu meneruskannya. Akhirnya Pemuda PAS terpaksa menarik diri dari program tersebut dengan mengarahkan semua Unit Amal pulang sebelum tamat program.

http://mutaligat.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.