Polis peroleh perintah larang berhimpun di kawasan Parlimen

KESELAMATAN DIPERKETAT?… Polis menjalankan pemeriksaan ketat di Lembah Klang dengan mengadakan sekatan jalan di kebanyakan jalan dan lebuh raya sejak petang semalam. Langkah itu diambil ekoran desas-desus bahawa kemungkinan diadakan perarakan atau perhimpunan di ibu negara hari ini.

Polis peroleh perintah larang berhimpun di kawasan Parlimen

13-07-2008 08:38:50 PM

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP, Ahmad Sofian Md Yassin berkata, perhimpunan hari ini adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undangundang mengikut Akta Polis 1967.

“Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini .

Beliau berkata, sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau keduaduanya sekali.

Beliau berkata, polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu.

Katanya, notis itu ditampal di sekitar Kuala Lumpur sejajar dengan arahan bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Ahmad Sofian berkata, beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai ‘Ops Padam’ di sekitar Kuala Lumpur turut dilakukan bermula petang ini sehingga tengah malam esok.
Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum.

Difahamkan perhimpunan esok yang dianjurkan oleh pihak tertentu bertujuan membantah kenaikan harga minyak. BERNAMA

http://www.mstar.com.my

No comments

Powered by Blogger.