Shabery perjelas sebab RTM tidak siar secara langsung debat dengan Anwar

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau bersetuju supaya debat beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok mengenai isu kenaikan harga minyak disiarkan secara langsung supaya tidak timbul tanggapan kononnya program itu ditokok tambah atau disunting.

Namun, katanya, siaran langsung itu tidak disiarkan oleh RTM tetapi oleh Bernama TV, Astro Awani dan TV9, kerana beliau berpegang kepada amalan tidak mahu menggunakan RTM untuk sebarang wawancara rasmi melibatkan beliau.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kompleks Penyiaran dan Auditorium RTM Pahang yang disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini, Ahmad Shabery berkata beliau juga bersetuju dengan siaran langsung itu kerana ia mempunyai nilai berita dan bukannya untuk beliau mendapatkan populariti.

"Jangan jadikan saya orang ketiga (terpenting mendapat liputan selepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri)," katanya ketika diminta mengulas mengenai debat yang bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu yang dijangka bermula pada 9 malam di Dewan Bahasa Dan Pustakan.

selanjutnya....

berani kerana benar....takut kerana salah..

No comments

Powered by Blogger.