Sultan murka pengendali blog lagakan orang Melayu

KUANTAN 14 Julai – Sultan Pahang hari ini murka dan menyelar pengendali-pengendali laman blog yang sengaja memutarbelitkan fakta untuk melaga-lagakan rakyat terutama di kalangan orang Melayu, semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Sultan Ahmad Shah bertitah, sikap sebegitu sekiranya dibiarkan, bukan sahaja akan mengelirukan pemikiran rakyat, tetapi juga boleh memusnahkan masa depan negara.

‘‘Kita tidak mahu orang yang tidak bertanggungjawab merosakkan suasana di negara kita. Saya hendak menyatakan kepada mereka (pengendali blog) supaya jangan bertindak melaga-lagakan rakyat antara satu sama lain,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kompleks dan Auditorium Penyiaran Pahang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob.

seterusnya....

seelok-eloknya kite pastikan dan bagi berita itu sahih....jangan terlalu emosi....

No comments

Powered by Blogger.