tali barut BN sedang kepanasan
Helah besar Anwar - Untuk alih perhatian isu tuduhan liwat yang dihadapinya – Hisham
KUALA LUMPUR 13 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadikan demonstrasi jalanan yang cuba digerakkannya sebagai helah besar untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kes liwat yang membabitkan pemimpin PKR itu.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Anwar dan penyokongnya berhenti memperalatkan rakyat yang tidak berdosa bagi memenuhi agenda peribadi beliau.
“Sikap Anwar itu jelas menunjukkan seseorang yang hilang pertimbangan kewarasan, sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan semata-mata untuk memenuhi impian peribadi dan mengalih perhatian ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hishammuddin mengulas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di bangunan Parlimen, esok.
Hari ini, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang Anwar dan para penyokongnya mengadakan perhimpunan besar-besaran di situ.
Hishammuddin yakin rakyat semakin meluat dan menyampah dengan sikap Anwar yang memualkan.
“Saya menyeru kepadanya...cukuplah dengan semua sandiwara ini,” katanya.
Pemuda UMNO, tegas Hishammuddin, mahu budaya liar asing iaitu demonstrasi jalanan dikekang sebelum ia menular sehingga mencetuskan suasana huru-hara yang menjejaskan ekonomi dan imej negara.
“Pemuda UMNO sepakat dalam perkara ini dan hasil daripada beberapa perbincangan exco-exco mengenainya, kita bersatu padu menggerakkan ahli-ahli di semua peringkat, termasuk di akar umbi, bagi mengekang perkara ini,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda Barisan Nasional (BN) juga memberikan sokongan padu dan bersama-sama Pemuda UMNO dalam mengekang demonstrasi jalanan.
“Saya sudah berbincang dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai dan kawan-kawan Pemuda komponen BN yang lain. Mereka memberikan sokongan padu dalam hal ini,” katanya.
Hishammuddin bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai gerak kerja yang akan dilakukan oleh Pemuda UMNO dan BN bagi menghadapi ancaman demonstrasi jalanan para penyokong Anwar.
Katanya, ia hanya akan diumumkan selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO dan BN Pusat yang akan diadakan minggu ini.
No comments
Post a Comment