Provokasi atau alasan untuk tangkap Anwar

Kesesakan jalan raya yang melanda semua pintu masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur didakwa berpunca dari provokasi yang ditimbulkan pihak polis yang diresahkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Ekoran daripada usul undi tidak percaya yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail Khamis lalu, pihak polis kemudian mendapatkan printah mahkamah dan kemudiannya ditampal sekitar bangunan parlimen bagi menghalang perhimpunan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mendakwa kononnya beliau mendapat maklumat pembangkang akan menganjurkan satu demonstrasi besar-besaran bagi mewujudkan kekecohan di Parlimen hari ini sebagai tanda sokongan terhadap usul tidak percaya Wan Azizah terhadap Abdullah Badawi.

Marah dengan khabar palsu tersebut, seorang pemanggil yang enggan dikenali menghubungi Harakahdaily menyatakan bahawa beliau hairan dengan tindakan pihak polis yang begitu ghairah untuk mengadakan sekatan jalan raya bagi menghalang perhimpunan yang tidak pernah diuar-uarkan oleh mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

selanjutnya.....

No comments

Powered by Blogger.