TV3 , Fitnah Rombongan Diraja Kedah ?

Oleh ulitmayang

"a
Bukan rakyat terbanyak sahaja yang terkena fitnah oleh perkakas regim UMNO/BN, pada hari ini.. Baca berita dari BERNAMA di bawah seperti yang disiarkan oleh BERITA HARIAN ONLINE 11 JULAI 2008 JUMAAT

Adakah ini merupakan permulaan bagi UMNO/BN menyerang istana, iaitu rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah, semalam.

Apakah manfaatnya UMNO/BN dengan jentera TV3 malam tadi melalui Buletin Utama mula menghala serangan dan fitnah ke atas istana Kedah?

Rakyat kedah dan seluruh rakyat Malaysia, harus bangkit sekarang dan menyatakan bantahan, dengan perbuatan keji dan mencemar duli Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia rombongan Diraja Kedah ini.

Harus ada tuntutan permohonan maaf dari seluruh pengurusan TV3 dan juga kerajaan Malaysia di atas fitnah ini, walaupun telah ada amaran dan ugutan dari Perdana Menteri sendiri, tetapi tidak diendahkan.

Adakah sasaran ke atas seluruh rakyat Malaysia sudah habis, maka sasaran baru di cari, dan yang ditemui adalah rombongan Diraja Kedah ke Brunei, malam tadi ?

Siapa yang memberikan arahan kepada TV3 supaya membuat fitnah ini ?

UMNO/BN harus perlu lebih berhati – hati dalam membuat fitnah pada masa akan datang. Ini akan menampakkan ketidakcekapan urusetia yang menaja dan mengendalikan operasi fitnah ke atas rakyat Malaysia.

Adakah Ini merupakan satu petunjuk dari Allah, kepada seluruh rakyat Malaysia.

Azizan naik pesawat khas rombongan Diraja Kedah

ALOR STAR: Pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak semalam adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa ini.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Hilmi Khalid, hari ini berkata rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri.

Beliau berkata, petikan berita sebuah stesen televisyen swasta yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat.
"Kita kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu dan kita mohon supaya stesen televisyen itu tidak lagi membuat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan rasmi terlebih dulu kerana ia membabitkan kepentingan istana," kata Hilmi.

Semalam, laporan berita stesen swasta itu menyebut Azizan bersama rombongannya telah menaiki pesawat khas yang disewa bagi tujuan perjalanan rasmi. - Bernama

Rombongan Istana Kedah guna jet kerana masa suntuk

- siasahdaily

aALOR SETAR, 10 Julai: Rombongan Istana Darul Aman Kedah terpaksa menyewa jet eksekutif untuk menghadap Sultan Brunei semalam kerana masa telah suntuk dan itulah sahaja masa yang diberikan oleh Istana Brunei untuk menghadap baginda.

Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid berkata, rombongan itu menyewa jet itu bukan untuk bermewah-mewah tetapi itu sahaja cara yang ada untuk memenuhi masa yang ditetapkan bagi membolehkan rombongan istana Kedah menghadap Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah.

Rombongan Istana Kedah itu diketuai Ketua Istiadat istana Kedah. Ia turut disertai Tengku Bendahara iaitu adinda Sultan dan MB Kedah, Azizan Abdul Razak serta isteri masing-masing.

Mereka ke Brunei untuk menjemput baginda Sultan Brunei secara rasmi ke majlis perayaan Jubli Emas Sultan Kedah yang akan diadakan di Alor Setar tidak lama lagi.

Mereka menaiki sebuah jet yang disewa khas untuk membawa mereka pergi dan balik dari Alor Setar ke Brunei semalam dan pulang malam ini.

"Perkara ini telah dipersetujui oleh mesyuarat Exco," kata Helmi kepada Siasah.

Buletin Utama TV3 sekejap tadi (jam 8.15 malam) menyiarkan rakaman penggunaan jet itu semasa mereka bertolak ke Brunei dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap TV3 sebagai membazir.

Video klip
http://www.youtube.com/watch?v=v3RG8EqQl7s



Note: Video klip paparan Buletin Utama TV3 mengenai kisah di atas boleh di dapati di dalam - GB"

No comments

Powered by Blogger.