Umno kehabisan isu

Utusan Meloya,alat praganda Umno dan BN sudah kekeringan isu untuk digunakan dan terpaksa 'mengitar' semula berita yang sudah lapok untuk cuba mengapi-apikan hubungan antara DAP dan PAS di Perak dengan membangkitkan isu ‘Perjanjian Pangkor II’ kelmarin dan diulang tayang lagi hari ini. Esok mungkin ada lagi dan lagi.

Walau apa pun, eloklah dibaca dan ditelitikan penjelasan Ustaz Ahmad Awang berhubung perkara tersebut di blognya. Perhatikan petikan daripada penjelasan Ustaz Ahmad Awang berikut :

Bagaimanapun, selepas kira-kira 3 jam perbincangan di antara pihak PAS yang saya mengetuainya dengan pihak DAP yang diketuai oleh pengerusinya Ngeh Koh Ham, pimpinan DAP pusat bersedia mengubah pendiriannya dengan cuba mengenakan syarat supaya DAP diberi 8 jawatan Exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hudud dalam kerajaan campuran ini. Tetapi akhirnya, syarat-syarat tersebut gugur kira-kira jam 11 malam setelah kami pihak PAS dan DAP dititah mengadap Tuanku di Istana Kinta. DAP bersetuju dengan perlantikan Menteri Besar dari PAS dan akan hadir dalam Upacara Angkat Sumpah esok harinya di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, bahkan setuju akan memohon ampun dari pihak istana. Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu 8 Exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya.
‘Berjanji tidak melaksanakan hudud dalam kerajaan campuran’adalah bertepatan dengan realiti yang wujud dalam Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan di Perak.Perakuan tersebut bukan bererti PAS telah mengenepikan prinsip perjuangan utamanya dan berhenti daripada memperjuangkan Hudud.

Hakikatnya, dengan hanya kemenangan 6 kerusi sahaja sudah tentunya PAS tidak mempunyai kekuatan untuk menegakan hukum Hudud.

Di Kelantan, PAS dan PKR walaupun memperolehi 39 daripada 45 kerusi Adun disitu, ternyata tidak dapat melaksanakan hukum Hudud walaupun tidak ada seorang pun wakil daripada DAP disitu.Yang ada ialah wakil-wakil Umno sebagai pembangkang.Ini jelas menunjukan kepada kita semua bahawa Umno dan BN adalah penghalang sebenar dalam melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Rais Yatim tak payahlah nak berlakun konon-kononnya mahu tunjuk simpati terhadap PAS
http://alhusseyn51.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.