uMNO nak muzakarah pasal agama dan bangsa????????

Saya baca kenyataan bekas boss saya, Haji Khalid Abdul Samad dalam berita Siasah bertajuk "Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad". Saya kenal Khalid. Dia akan buat apa sahaja untuk menjaga perpaduan parti dan meredakan kegelisahan ahli-ahli PAS serta para penyokong seperti saya. Untuk menghormati niat Khalid, saya tak nak ulas kenyataan beliau.

Seorang pimpinan PAS memberitahu saya selepas berita pengakuan Perdana Menteri disiarkan, "aku fikir perpaduan jama'ah, bakaq!" Saya jawab, "memang perpaduan jama'ah kena jaga, tetapi kena hati-hati buat kenyataan. Jangan sampai orang kata hang pun sama!"

Saya taklah kata, nak buat apa pi dengar tawaran Barisan Nasional? Nak buat apa, sedangkan PAS menang melalui Pakatan Rakyat dan diundi rakyat kerana bersama Pakatan Rakyat.

Kalau tak bersama Pakatan Rakyat, adat cakap dan saya tak membabitkan soal kehendak Allah s.w.t., saya tak fikir Haji Roslan Shaharom, wakil rakyat kampung saya boleh menang; saya tak fikir Dr Mariah Mahmud boleh memang dan ramai lagi yang saya tak fikir boleh memang termasuk Menteri Besar negeri saya yang komited dengan kesederhanaan hidup, Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

PAS telah menuai hasil dengan menyertai Pakatan Rakyat. Nak dengar tawaran BN pula. Nak tuai hasil apa lagi dari BN?

Sejak bila nak dengar tawaran BN? Bukankah sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu telah main-main telefon dengan pemimpin BN?

Dan, lebih penting lagi untuk ditanya, bagaimana nasib PAS dalam pilihan raya akan datang?!

Saya pernah kata, saya pernah bertemu secara kebetulan dengan seorang Menteri Besar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika pergi makan bersama seorang Ahli Parlimen. Tetapi, saya tak ceritakan betapa beria-ianya Menteri Besar itu mengirim salam kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa. Disebut-sebut dan ditekankan sungguh-sungguh berkali-kali nama Nasharudin.

As a person, Menteri Besar itu orang baik. Saya tak ada nak kata apa-apa kat dia.

Apa pun, mari kita berusaha bersungguh-sungguh mencari fail-fail dan arkib-arkib yang mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap Melayu dan Islam, terutama di zaman Perdana Menteri sekarang. Melayu Islam konon!

bakaq

No comments

Powered by Blogger.