Abdullah Tidak Akan Bercuti Sebelum Meletak Jawatan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa beliau tidak akan bercuti sebelum meletak jawatan pada Mac depan kerana mempunyai banyak tugas yang perlu dilaksanakan.

"Mengapa nak ambil cuti? Untuk mengambil cuti ataupun tidak.. itu adalah satu keputusan seseorang individu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) di sini, Khamis.

Semalam, Abdullah mengumumkan bahawa bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009.

Beliau juga berkata terdapat beberapa inisiatif yang ingin dilaksanakannya sebelum meletak jawatan.

Pada Feb 2002, Abdullah juga menjalankan tugas Perdana Menteri apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercuti ke luar negara selama sebulan dan mengadakan lawatan kerja sebelum meletak jawatan.

Ketika ditanya bagaimana beliau mahu rakyat mengingatinya selepas beliau bersara, Abdullah berkata beliau bukan bekerja hanya untuk menjadikan rakyat mengingatinya.

"Saya tidak fikir saya perlu bercakap mengenai apa rakyat ingat kepada saya, Jika mereka mahu ingat saya, mereka akan ingat saya, jika mereka tidak, mereka tidak.

"Saya hanya tahu apa yang dilakukan. Apa sahaja yang saya hendak buat, ialah kerja," kata beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mengekalkan jawatan ketua Umno Bahagian Kepala Batas, Abdullah berkata: "...Kemungkinan besar."

Sementara itu, beliau berkata calon yang ideal untuk jawatan Timbalan Presiden untuk Umno ialah seseorang itu mestilah yang boleh membantu Presiden.

-- BERNAMA

aku syor pak lah p australia....jual nasi kandar ke...apamacam???

No comments

Powered by Blogger.