tahniah UM...

UM Pada Kedudukan 230 Dalam Ranking Universiti Terbaik Dunia 2008

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Universiti Malaya (UM) disenaraikan pada ranking 230 universiti terbaik dunia 2008 oleh THE-QS (Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds).

Kedudukan itu meningkat berbanding tahun lepas apabila universiti berkenaan berada pada ranking 264.

Pemangku Naib Canselor UM Datuk Dr Muhamad Rasat Muhamad berkata peningkatan ranking itu menunjukkan pelan strategik UM yang dilaksanakan dua tahun lepas di bawah kepimpinan Naib Canselor Datuk Rafiah Salim dan komitmen kakitangan selama ini telah membuahkan hasil.

Beliau berkata universiti menyokong penuh Kementerian Pengajian Tinggi dalam merealisasikan aspirasi nasional untuk mempunyai satu atau lebih universiti yang disenarai dalam ranking 200 universiti terbaik dunia 2010.

-- BERNAMA


aku perli hangpa je semua.....jangang syok sangat no....pirahhh...

No comments

Powered by Blogger.