DERIH NI TAK TAU MALU

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang sebelum ini menawarkan diri bertanding ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sedia menimbang bertanding jawatan Naib Presiden jika mendapat pencalonan.

Idris yang juga Ketua Umno Bahagian Besut berkata, beliau lebih selesa untuk membiarkan perwakilan Umno mencadangkan jawatan untuknya menawarkan diri bertanding sebelum membuat keputusan.

"Sikap saya berbeza sedikit kerana saya lebih suka orang Umno yang mencadangkan kerana mereka (ahli Umno) tahu dan kenal siapa pemimpin mereka. Kalau saya mendapat pencalonan yang cukup saya akan bertanding dan bersedia menawarkan diri.

"Saya lebih suka jika ahli Umno bahagian menilai pemimpin mereka dan membuat cadangan, kalau mereka merasakan saya layak dan jika cukup pencalonan saya akan bertanding, kalau tak cukup saya tak bertanding tidak mengapa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu di Primula Beach Resort, di sini hari ini.

Beliau mengulas sama ada bersedia menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti jika dicalonkan.

No comments

Powered by Blogger.