Ada 'Hikmah' Kepada UMNO Di Sebalik Isu Azan
"
Datuk Syed Ali kata tabung ini diwujudkan untuk beberapa tujuan, antaranya ;
Untunglah masjid dan surau selepas ini sebab UMNO akan belikan peralatan pembesar suara. Jawatankuasa masjid dan surau yang rasa alat pembesar suara mereka sudah uzur, cepat-cepat hantar permohonan kepada UMNO Bahagian Cheras sebelum nanti sumbangan tersebut hilang ataupun disalurkan ke tempat yang lain.
Untunglah juga anak-anak muda selepas ini kerana tabung ini akan digunakan untuk melahirkan muazzin muda, mungkin disebabkan sebelum ini UMNO tidak mengambil berat sangat terhadap perkara ini.
Sebelum ini UMNO agak terkehadapan untuk melahirkan golongan artis seperti penyanyi tetapi sekarang sudah mengambil tahu tentang muazzin.
Golongan muazzin muda ini diharapkan akan menjadi pelapis kepada muazzin yang sudah berumur, kata Datuk Syed Ali. Harap muazzin berumur seperti yang dikatakan oleh Datuk Syed Ali janganlah berkecil hati kerana niat Datuk Syed Ali ihklas dan dilahirkan dengan penuh kejujuran.
Cuma, saya ingin beritahu Syed Ali, PAS tidaklah perlu untuk mewujudkan tabung seperti ini hanya kerana untuk melahirkan muazzin muda sebab dalam PASTI anak-anak mendapat pendidikan dan pendedahan yang terhadap Islam termasuk melatih mereka menjadi muazzin. Bukan setakat itu, anak-anak kecil ini juga diajar menjadi imam di dalam solat agar bila mereka besar nanti mereka mampu memimpin di dalam solat dan di dalam masyarakat.
Cukup-cukuplah UMNO menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik. Jangan heret alat pembesar suara dan muazzin muda dalam kancah kepentingan UMNO.
Khairul Faizi in Ahmad Kamil
http://www.minda-kembara.com/
Saya tidak menjangkakan yang UMNO akan mewujudkan satu tabung untuk mewujudkan satu tabung yang dinamakan dengan Tabung Azan untuk tujuan memperjuangkan kebebasan melaungkan azan. Mungkin bagi UMNO Bahagian Cheras, itu adalah satu keputusan yang sangat penting untuk dibuat oleh UMNO ketika ini kerana isu azan yang melibatkan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh/Exco Kerajaan Selangor.
Datuk Syed Ali kata tabung ini diwujudkan untuk beberapa tujuan, antaranya ;
- Bantu mana-mana masjid dan surau membeli peralatan pembesar suara,
- Melahirkan muazzin muda
- Membatu kes saman terhadap Utusan Malaysia oleh YB Teresa Kok
Untunglah masjid dan surau selepas ini sebab UMNO akan belikan peralatan pembesar suara. Jawatankuasa masjid dan surau yang rasa alat pembesar suara mereka sudah uzur, cepat-cepat hantar permohonan kepada UMNO Bahagian Cheras sebelum nanti sumbangan tersebut hilang ataupun disalurkan ke tempat yang lain.
Untunglah juga anak-anak muda selepas ini kerana tabung ini akan digunakan untuk melahirkan muazzin muda, mungkin disebabkan sebelum ini UMNO tidak mengambil berat sangat terhadap perkara ini.
Sebelum ini UMNO agak terkehadapan untuk melahirkan golongan artis seperti penyanyi tetapi sekarang sudah mengambil tahu tentang muazzin.
Golongan muazzin muda ini diharapkan akan menjadi pelapis kepada muazzin yang sudah berumur, kata Datuk Syed Ali. Harap muazzin berumur seperti yang dikatakan oleh Datuk Syed Ali janganlah berkecil hati kerana niat Datuk Syed Ali ihklas dan dilahirkan dengan penuh kejujuran.
Cuma, saya ingin beritahu Syed Ali, PAS tidaklah perlu untuk mewujudkan tabung seperti ini hanya kerana untuk melahirkan muazzin muda sebab dalam PASTI anak-anak mendapat pendidikan dan pendedahan yang terhadap Islam termasuk melatih mereka menjadi muazzin. Bukan setakat itu, anak-anak kecil ini juga diajar menjadi imam di dalam solat agar bila mereka besar nanti mereka mampu memimpin di dalam solat dan di dalam masyarakat.
Cukup-cukuplah UMNO menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik. Jangan heret alat pembesar suara dan muazzin muda dalam kancah kepentingan UMNO.
Khairul Faizi in Ahmad Kamil
http://www.minda-kembara.com/
13 Oktober 2008
No comments
Post a Comment