arah tuju ISLAM dalam pemerintahan najib...

" Naik Najib nantinya bererti hilanglah sudah Disnati Hadariah Wal Khairiah yang digagaskan oleh Pak Lah.Di Terengganu selepas PRU ke-12 Mat Said selaku MB yang baru telah menggantikan Exco Islam Hadhari menjadi Exco Agama Dan Penerangan.Bahkan media masa bagaikan telah menukar resepi agar rakyat tidak jemu dengan santapan lagu puisi As-Syafie dan Al-Ghazali.

Ini bererti selepas daripada ini 'ulamak ayam' yang sering berkokok sahut-sahutan mempertahankan Islam Hadahari akan diam seketika.'Ulamak ayam' ini iaitulah spesis ayam yang tidak bertaji tetapi berkeris di kaki.Kalau ayam jantan berkokok di waktu pagi tetapi 'ulamak ayam' ini berkokok tatkala duit dibagi.

Taraf 'ulamak ayam' ini kalau nak dibezakan dengan Tok Guru kita,bahasa kampong kata tahi cekam pun tak dak lansung.Mungkin agak kasar,tapi taraf ulamak ayam ini mungkin macam ayam di lorong Hj Taib K.L..Kalau ayam-ayam tu jual tubuh cari kepuasan hidup dan pitih,maka 'ulamak ayam' ini jual ilmu untuk tujuan yang juga sama.Kerana itulah saya katakan 'ayam' buat spesis ulamak ini.

Mereka bukan tidak akan berkokok lagi,tetapi sedang mencari lagu baru yang akan diberikan oleh PM The Big Mama.Tak tahulah apa iramanya,tapi yang pasti bukan Hadhari yang lama.Kerana kalau PM yang baru buat juga Hadhari maka agak susah baginya.Mana mungkin dia akan jadi Imam untuk solat, kerana nanti mungkin TV dari Monggolia akan buat siaran langsung percuma buat orang di sana.Adakah juga Najib akan bersajak mencari di mana As-Syafiie dan Al-Ghazali kerana dahulu Pak Lah buat begitu sehingga bertemu dengan Mrs Michale Yeoh!Kalau Najib buat mungkin kata Raja Petra dia akan ketemui Altantunya ataupun Al-Bahaya!

Jadi untuk selamat baik Najib buat Islam 'Awang Liku' sebagaimana yang pernah disebut oleh Tn Hj Mohammad Sabu.Maka Islam 'Awang Liku' itu jangan biar lagi diperli sebagaimana Hadhari.Untuk itu antara ciri Islam 'Awang Liku' ialah tangkap seberapa segera Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar,mesti nanti Mahathir akan kata: "Patut dulu hang yang kena naik awai-awai bukan Pak Lah".Penjarakan mana-mana ahli politik yang berbahaya,kerana kalau diberi kebebasan pun gelaran 'Bapak Demokrasi' sudah menjadi milik Pak Lah,jadi Najib nak pilih Bapak apa?

Maka selepas ini pasti akan dipanggil pula 'ulamak ayam' supaya memikirkan Islam apa selepas ini.Sudah tentu akan banyaklah takrif lughoh dan istilahnya akan dikeluarkan supaya tiada lagi bayang Hadhari yang menjadi bala buat UMNO pada PRU yang lalu.Atau mungkin juga Syekh Rukh Khan yang bakal mendapat 'Datuk' oleh kerajaan Melaka akan dipanggil untuk menjadi pakar rujuk dalam menentukan Islam yang baru ini.Maka mungkin juga akan jadilah 'Islam Khan' kerana bunyinya pun mungkin sedap buat orang Monggolia di sana.Sebagaimana nama panglima mereka dahulu Hulaghu Khan,Ghenghis Khan dan tak taulah apa lagilah apa Khan.

Maka apa lagi yang ditunggu oleh rakyat Malaysia pada hari ini,marilah sama-sama kita menanti dan menghayati Islam yang bakal dibawa oleh bakal PM keenam ini.Apapun carilah siapa 'ulamak ayam' yang bakal mengepalai kokokan nanti,jika anjing menyalak bukit tak runtuh,tapi kalau 'ulamak ayam' berkokok pasti bergegar bukit Genting Highlang dek pesta yang lebih banyak selepas ini oleh PM The Big Mama.

http://www.kiyaiharaki.blogspot.com"

No comments

Powered by Blogger.