Ali Rustam Dan Shah Rukh Khan - Malaysiakini

Kecoh satu Malaysia bila Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui oleh Ali Rustam menganugerahkan pangkat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada Shah Rukh Khan pada Hari Sabtu lepas. Nampaknya populariti Ali Rustam selepas ini pasti meningkat dan sudah tentu ia menjadikan satu tiket kepada beliau untuk menambahkan undi dari UMNO Bahagian agar terus menerus mencalonkan beliau untuk merebut jawatan Timb. Presiden UMNO.

Saya berusaha juga mendapatkan maklum balas Ali Rustam berkenaan dengan penganugerahan pangkat tersebut dan komen beliau boleh dirujuk pada akhbar Sinar Harian edisi Melaka/N9 yang bertarikh 12 Oktober 2008. Menurut Ali Rustam, beliau mahukan Melaka menjadi lokasi perfileman antarabangsa yang dipelopori oleh pelakon luar pada masa akan datang serta juga mempromosikan Melaka sebagai salah satu Bandaraya Warisan Dunia dan juga pusat pelancongan terkenal.

Shah Rukh Khan (SRK) menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Khalil Yaakob. Tun Daim Zainuddin bekas Menteri Kewangan yang mencadangkan namanya dan akan menguruskan kedatangan pelakon itu pada bulan depan. Dia dianugerah Darjah Mulia Seri Melaka, bintang tertinggi keempat pula. Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, jika berjaya SRK akan mengambil peluang merakamkan filem terbarunya di sini. Oooo!

Demikianlah hebatnya negeri Melaka Bersejarah. Beberapa tahun lalu, heboh berita ‘Datuk RM20,000.00’ di Melaka. Ada yang baru berumur 30-an telah bergelar Datuk. Entah apa sumbangannya kepada agama, bangsa dan tanah air, kita pun tidak tahu. Kali ini, pelakon kontroversi itu pula yang mendapat tempat.

Lagi best jika baca ulasan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berkenaan dengan isu ini. Tapi bagi saya, pangkat Datuk yang diberikan diterima oleh SRK tidak membawa apa-apa makna jika Ali Rustam sendiripun SRK tak kenal....apa lah lu Ali......

http://silembiks.blogspot.com/2008/10/ali-rustam-dan-shah-rukh-khan.html

No comments

Powered by Blogger.