Bukti penyelewengan Dana Ehsan dan Dana Raya didedah!!!

 Terlalu banyak sangat penyelewengan yang dlakukan ke atas Dana Ehsan di Terengganu sebenarnya! Kalu tidak, masakan RM3 billion HILANG ENTAH KEMANA??? Penyelewengan tersebut dikatakan bukan saja berlaku di peringkat atasan (pentadbiran pejabat MB) tetapi juga berleluasa sehingga ke JKKK hampir setiap kampung di Terengganu...

Tapi, memandangkan MB Ahmad Said sering mendakwa TIADA sebarang penyelewengan yang berlaku serta mencabar sesiapa yang ada bukti sila laporkan kepada BPR atau terus kepadanya, lalu kami ingin dedahkan di sini beberapa PENYELEWENGAN DANA EHSAN DAN DANA HARI RAYA yang telah berlaku baru-baru ini...

Terbaharu, seminggu selepas Hari Raya baru-baru ini, seorang bekas Pengerusi JKKK di sebuah kampung dalam DUN Paka, Parlimen Dungun telah menyerahkan senarai penerima-penerima Dana Ehsan dan Dana Pilihanraya semenjak Tahun 2005 hingga Tahun 2008 kepada BPR Negeri Terengganu, di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.

Sesalinan lapuran tersebut 9beserta namanya) telah kami perolehi...

Sekadar menyenaraikan beberapa nama penerima tersebut:

1. Isteri Setiausaha JKKK (disenaraikan sebagai "IBU TUNGGAL");
2. Guru Besar sebuah sekolah di Paka (gaji melebihi RM1,500.00)
3. Pegawai Kerajaan Kumpulan 'B' - gaji RM2,000.00
4. Anggota Kerajaan Jabatan (persekutuan) di Dungun
5. Isteri AJK, anak-anak dan adik ipar Setiausaha JKKK-hampir semua!

SMS tentang penyelewengan tersebut juga telah dihantar kepada MB, tapi amatlah dikesali, MB hanya menganggap ia hanyalah TUDUHAN POLITIK!!! ( Sila baca Sinar Harian hari )...

Sepatutnya BPR atau MB sendiri turun padang siasat sendiri dakwaan terhadap JKKK berkenaan yang terdiri daripada Pengerusi (Ketua Kampung), Setiausaha JKKK dan semua ahli JKKK yang terlibat...

Beberapa siri pendedahan yang lebih menggemparkan lagi akan dilakukan jika masih tiada sebarang tindakan berkesan daripada pihak berwajib."



apa macang wei?kuat demo makang duit haram?

No comments

Powered by Blogger.